Sampai di HTJ, ujian-ujian dibuat. Abah dimasukkan antibiotik di tangan. Pastu kena naik air.
Sekali pukul 3 petang doctor kata, kami tidak akan buat pembedahan hari ini kerana bilik bedah dan ward penuh. Kami akan berikan ubat dan datang semula selepas 2 minggu. Helloooooooo, seriously? Ammi faham kalau kata tak cukup kemudahan. Masalahnya kenapa tak cakap dari awal? Kenapa dah sidai pesakit dari pagi pastu petang baru nak kata tak boleh buat?
Jadi ammi pun call lah klinik swasta di kawasan rumah dan dorang memang ada buat minor surgery.
Eh lawa pulak pintu kayu kat klinik ni. Dah jumpa doctor dan dapatkan konsultansi dan abah diberikan ubat antibiotik untuk cuba surutkan bisul tu sebab masa hari kejadian memang merah mengening dan agak panas kawasan di sekitar bisul tu.
Selepas dipakaikan ubat sapu untuk surutkan bengkak. Diameter bisul tu lebih kurang 5-6 cm.
Hari Ahad kami kembali lagi untuk teruskan dengan prosedur buang bisul tu. Ammi pun dibenarkan berada dalam bilik prosedur dan hampir nak weng jugaklah kepala bila tiba-tiba nampak darah dan nanah mengalir banyak. Jammmmm kepala makkkk.
Doctor kata kalau darah banyak boleh datang semula ke klinik. Ni ha sebelum 1 jam pun dh penuh darahnya. Tapi ammi ganti sendiri je gauze dan plaster tu. Minta tolong anak buah tolong gi belikan dan kita ganti dan bersihkanlah luar-luar kawasan masa nak solat tu. Kain gauze yang doctor sumbat dalam luka tu memang ammi tak usiklah.
Menjelang petang, dah tak semerah itu warna gauzenya. Dan abah pun dah happy-happy bawak motor gi beli rokok, beli rotilah. Aippppp, memang tak reti duduk rumah ek?
Dan kedalaman torehan tu agak dalam juga. Masa doctor buat procedure tu ammi perasan doctor duk masukkan hampir separuh syringe yang 10ml ke dalam torehan sebab nak masukkan antibiotik.
Mulai hari Jumaat ammilah yang kena buat dressing sendiri. Alah bisa tegal biasa. You can do it Ammi.
Harga buat surgery di klinik swasta lebih kurang RM150 - 200 bergantung pada size. Masa abah haritu total surgery campur ubat semua dalam RM239 camtu. Pastu dressing setiap kali pergi RM40.00.
Selamat menjadi nurse Sharmila.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


0 Comments