Balik dari ziarah kakak tu sampai Seremban kitorang teruslah pergi cari dinner. Cari dekat area Paroi je. Konon nak makan chapati di Chai & Chapati tapi ternampak pula disebelah kanan Pusat Perniagaan Paroi ni ada kedai-kedai makan yang lain.
Dulu ammi pernah makan kat sini. Kedai Omak Den ke apa ntah namanya. Tapi macam dah tak nampak kedai itu. Dulu, dulu tu macam tahun 2023 gitu, kerusi meja kat sini lain tapi sekarang di open area dah guna meja dan kerusi batu.
Alip order Princess Chicken Chop. Kalau Prince apa pulak rupanya ntah.
Ammi punya kueh tiow celup sebelum letak cili flakes. Sedap juga
Abah punya mihun sup pedas. Sedikit masam jadi apa kurang berkenan tapi tetaplah habis.
Hari Isnin dan Selasa abah tak sempat masak. Isnin abah ke KL, jadi ammi sempatlah balik sekali berdua dengan abah. Alip tu abah mintak tolong abang sepupu ammi tolong jemputkan sekali kat sekolah. Kebetulan abang sepupu ammi memang bawa van sekolah. Abang Andar cakap "abang nampak anak ko, abang cakap kat dia...jap lagi balik ngan Pandak. Tapi pukul 6 baru gerak. Terus dia cakap yes, dia park bag dia dalam van pastu gi main". Bukan main ye bila dapat chance balik sekali dengan budak darjah 1 ngan 2.
Hari Selasa abah ada job pula di Jelebu. Tak sempat masak lagi tapi sempatlah jemput Alip dari sekolah. Frust je member sebab abah dah cakap awal-awal ngan dia. "Kalau abah tak sempat nanti balik dengan Pandak". Ahaks.
Hari Selasa ammi makan mi bandung pulak dikedai Angah (abang sepupu yang sorang lagi). Dah berusia dah abang-abang sepupu ammi.
Pergi makan naik motor je, so Alip silalah bawa basikal kamu. Jarang-jarang dia dapat peluang berbasikal keluar dari lorong rumah. Hari ini lets gooo dan abah ammi jadi marshall kat belakang tu.
Baju yang dia pakai tu kan korang, baju rumah sukan dia masa darjah 1 di sekolah lama. Sampai nak habis darjah 5 pun dia masih muat. Bilalah nak ada isi badan anak bongsu ni agaknya.
.png)
.png)

.png)
.png)



0 Comments