Sarapan

Ammi kalau di office, ada hari ammi sarapan.  Ada hari ammi minum je black coffee pastu lunch karang baru makan.  Konsepnya pilih salah satu waktu untuk makan gitu.  Nak sarapan atau nak lunch.  


Ada sekali tu abah bawa anak-anak balik Melaka.  Kakak ipar ammi (kaklang) mintak tolong bersihkan rumah persinggahan sebab dia balik berdua je dengan suami.  So memang tak laratlah nak bersihkan najis-najis yang macam berpesta kat atas lantai.  Bukan main seronok ek cicak tu cret sana sini.

Kaklang bekalkan sambal sardin pedas melahar untuk ammi dinner kat rumah sebab yang lain-lain dah dinner awal di Melaka.  Baki sambal sardin tu ammi jadikan nasi goreng add on kobis sikit, jagung sikit, pecahkan telur.  Pastu jomlah makan kat office.


Hari singgah di Eco sebab teman Kyra cari kerja (tapi kena reject sebab umur belum 18 ahaks), jadi ammi pun belilah kopi yang dipack semula.  Kopi Cham ni maksudnya campur teh ke?  Ammi minum rasa macam teh lebih dominan.  


Yang ini kejadian sehari selepas jemput anak-anak balik asrama haritu.  Anak-anak lepas Subuh semua dah tarik balik selimut balas dendam tak cukup tidur di asrama agaknya. Maka abah, ammi dan mandak umi je keluar gi sarapan.  Abah makan mi kari, ammi makan lontong yang dah lama tak makan dan mandak umi makan telur separuh masak je.  Diet betul adik ipau sorang ni.  Anak-anak kita tapau roti canai je sudah.


Masa hari Krismas ammi buatlah mi goreng daging basah.  Pastu lanjutlah dengan aktiviti keluarga macam biasa.


Ini breakfast kami semalam.  Anak-anak request nak wrap je.  Ini je gambar yang ada.  Ayam tu pun day before ammi dating berdua dengan Kyra dan ammi beli yang dah siap marinate je di Jaya Grocer.  Punyalah malaskan.

Jadilah adalah juga entry untuk blog yang semakin sendu ni.

Post a Comment

3 Comments

  1. mee goreng daging basah fav kita

    ReplyDelete
  2. Sedap tengok nasi goreng guna sambal sardin. Tak pernah cuba lagi kopi 3in1 Zus Ngupi tu. Mi goreng daging basah pun nampak sedap. Rajin Ammi buat breakfast. Saya time cuti sekolah ni, breakfast banyak beli luar je.

    ReplyDelete
  3. ok jer entry gini punnnn dh byk jugak tu kisah dan gmbr2 nyaaa!! tgk gmbr mee goreng tu,kebetulan pg td MZ masak mee goreng jugak sblm kuar gi keje (2 boys ada kat rumah, so gigihlah masak2 for bf)

    ReplyDelete