Makan di Secangkir Teko

Sabtu lepas kami ke Segamat lagi melawat intan payung abah ammi.  Kalaulah tau yang minggu ni tiba-tiba ada pulang pilihan disekolah Khilfi mungkin kami pilih untuk melawat Kyra minggu ni aja sebab kakakkan dah rindu kat adiknya yang sorang ni.  Begitulah bila "jadual tertakluk kepada perubahan".

Kalini ammi tak masak-masak.  Ammi cuma buatkan kek batik je.  Dalam kereta gigihlah ammi cari tempat yang best sikit nak makan.  Sampai di sekolah kakak dalam jam 1 lebih sebab kami terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Kuala Pilah.  Ada Pesta Ngoca kat situ.


Dan kami ke Secangkir Teko yang terletak di Jalan Sultan, Segamat.  Rasa tempat ni happening kot belah malam sebab kat belakang kedai tu, masa ammi gi cuci tangan tengok bersusun kermit table dia.  Dan disebelah kedai tu ada satu open space berpagar.  Mungkin dorang letak kermit table disitu untuk pelanggan chill and heal.

Fish & Chip for Kyra
Korean Chicken Rice for Khalif
Salted Egg Chicken Spaghetti for Ammi
BBQ chicken wings for Abah.

Abah kata tak rasa lapar sebab dah terlebih makan masa sarapan pagi tadi.


Tapi kita suaplah juga suami kita makan sebab rasa macam "eh cukup ke tu makan ayam je?"...dan rupanya ada pulak yang candid kita masa dok godek-godek phone baru kita.


Order air 3 je sebab ammi merajuk nak tambah air.  Kita tekan back dia terus hilang.  Tu yang menyampah bila guna QR ni tau.  Strawberry Lemonade, Iced Lemon and Iced Black Coffee.

Harga makan kat sini untuk kesemua ni dalam RM94.70 pastu ada service charge 6%.  Bolehlah ek.


Makan nasi korea pakai tangan.  Boleh tahan pedas gak ayam korea tu...pastu deal baik punya minta tukar ayam dengan abah.  Ahaks.


Budak yang selalu kalah dengan fish & chip.  


Seketul yang mancung hidungnya dan seketul yang landaiiiii je hidungnya.  "Hidung Alip kemek sebab abang tumbuk masa alip kecik dulu", katanya.  Hahhahah hebat betul tumbukan abang kamuuuu tu ye.


Selesai makan dan cari sekarton air mineral, mohlah hantar dia ni balik ke asrama.  Malam dia ada kelas Math pulak.  Memang ammi belikan air je sebab mandak Umi dia dah kirim sebeban makanan untuk anak buah dia ni.


Tinggal lebih kurang 20 hari je dari tarikh kami pergi tu dan dia bekalkan macam-macam untuk anak buah dia nan sorang ni.  Semoga bertambah-tambah rezeki Umi ye.

Setakat hari Rabu 3/12/2025 - Kyra dah selesai 5 papers.  BM, BI, Sejarah, Math dan Pendidikan Islam.  4 more tough papers to go, Fizik, Kimia, Bio & Add Math.  

Post a Comment

0 Comments