Ayam Daun Kari

Hari Ahad pagi tu ammi keluar bersarapan dengan along dan anakbuah ammi.  Tapi sekeping gambar pun kami tak ambil sebab leka berborak.  Kami duduk selang lorong je tapi jaranglah dapat peluang berjumpa sebab ammi balik kerja pun dah nak maghrib.  Weekend, lately ni kerap je tak ada dirumah.  

Balik tu ammi kemas dan sapu rumah bersungguh-sungguh.  Biasanya ammi akan sapu beriya hari Jumaat kalau tak perlu ke office.  Tapi Jumaat lepas ammi kerja jadi kita tangguh ke hari Ahad.  Konsep ammi sapu abah mop.  Barulah sama-sama berpeluh.

Pastu terus jelah masak.


Kat rumah tinggal chicken fillet je.  Abah minta orang kedai debone ayam tu untuk ammi, tapi ammi pulak lupa nak defrost dan grill.  Jadi kita masak jelah isi ayam tu.  Carilah resepi di internet yang guna chicken fillet dan ammi jumpa resepi adikfoods di Tiktok.  Sedap jadi bolehlah dikongsi.



Bahan:
  • Isi ayam (gaul dengan garam & kunyit)
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Serai
  • Daun kari
  • Sos Cili
  • Serbuk cili
  • Bawang holland dadu (optional)
  • Perahan limau nipis
Cara-cara:
  1. Goreng isi ayam (goreng sikit je)
  2. Tumis serai ketuk dan masukkan bawang merah, bawang putih & halia (yang ditumbuk)
  3. Masukkan daun kari
  4. Masukkan cili serbuk dan masukkan air.  Biar dia masak elok hingga terbit minyak
  5. Masukkan sos cili, dan segala mak nenek perasa yang lain dan tambahkan lagi air biar mereneh.
  6. Masukkan isi ayam yang dah digoreng, biar sebati dan elok mesra
  7. Tambah bawang holland yang didadu
  8. Nak pedas tambahlah cili potong ke apa
  9. Tutup api dan perahlah limau nipis sikit.

Sos cili ammi jenis yang pedas.  Ammi guna sos Jalen kalau tak silap...jadi boleh tahan pedas juga jadinya resepi ni.  Tapi ammi paksa je Alip makan sebab ramen boleh makan takkan pedas sos cili tak boleh makan.  Nak kena?


Pastu gorenglah sayur kobis yang tinggal alahai secoet je.  Besar lagi tapak tangan ammi.  Campur je dengan isi udang dan mushroom yang ada biar dia nampak meriah kat situ.  Kena cari stok mushroom dah ni...semua jenis mushroom dah ammi selesaikan.




Post a Comment

0 Comments