Perjalanan ilmu

19.12.2025, inilah tarikh terakhir Kyra Saffiya sebagai pelajar sekolah menengah.  Selepas ini insyaallah kakak akan kembali ke sekolah ini tapi hanya untuk ambil keputusan peperiksaan SPM.

Ammi terasa nak recap perjalanan Kyra sepanjang bergelar anak murid.    


Pertengahan 2012 baru abah ammi masukkan kakak ke Taska Permata Fitrah.  Waktu ni usia kakak baru 3 tahun 4 bulan.  Itu pun sebab kami saja je ke sekolah tu untuk bertanya tapi cikgu kata boleh je daftarkan masuk.  Dan begitulah permulaannya.  November 2012, inilah dia convo pertama kakak.  

Tahun 2013 - 2014 abah ammi pindahkan kakak ke Little Caliphs.


Bersama Teacher Fiza, salah sorang cikgu yang paling kakak sayang di LC.


Walaupun birthday kakak bulan 12, tapi kakak minta abah ammi belikan kek di bulan November dan kami belikan.  Kalau boleh tiap bulan kakak nak kek.  Hmmm.


2.1.2015 - Hari pertama kakak sebagai pelajar tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Desa Tasik.  


Waktu kakak darjah 3 dan abang baru je masuk darjah 1 di sekolah yang sama.  Poyo betul ek adik kakak masa tu.



Ini masa kakak darjah 4.  Peperiksaan pertengahan tahun kakak dapat keputusan yang sangat-sangat teruk.  Berada di tangga ke-5 dari bawah.  Ammi ke kelas kakak berjumpa cikgu, dan cikgu tu sendiri kata "I myself couldn't believe Puan, when I marked her paper and she got D for her English.  Bila saya soal siasat dia tak baca pun soalan, dia cuma main lambung dadu je".  Cikgu tu ammi pun terlupa namanya cakap "I hope, she is okay at home.  Kalau perlu kami boleh hantar dia untuk program kaunseling".  

Tapi, selepas ammi brainwash kakak, akhirnya di peperiksaan akhir tahun kakak perform semula.  Kakak pun dapat Hadiah Peningkatan Akademik Terbaik.  Dari nombor 35 kakak terus lompat ke nombor 9 dalam kelas.


Satu-satunya waktu ketiga-tiga anak ammi berada dibawah bumbung yang sama dan sama-sama bersiap untuk kesekolah.  


Pernah dipinjamkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil untuk jadi player netball mereka mewakili Zon Bangsar/Pudu.


Temuduga demi temuduga kakak attend tapi satu pun tidak berjaya.  Dan berakhirnya kakak ditahun 6 pada tahun 2020 tanpa sebarang majlis perpisahan, tanpa majlis konvo seperti batch yang lain.  

Gagal temuduga di SBP, MRSM, SMiSTA tapi akhirnya kakak dapat juga tawaran ke Kelas Aliran Agama (KAA) di Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan.


4.4.2021 - tarikh pertama kakak mendaftar di asrama.  Abah dan ammi cuma dapat hantar kakak di bawah asrama sebab tiada ibu ayah dibenarkan untuk naik ke dorm anak.  Bayangkan perasaan ammi waktu itu.  Ammi serahkan segala-galanya untuk kakak uruskan sendiri dengan bantuan kawan sedorm dan kakak senior yang lain.


2022 - kakak terpilih menjadi pengawas di sekolah.  Alhamdulillah.



Pernah muncul wajah kakak di laman IG Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Pendidikan pada waktu itu.  Kakak masih kekal sebagai conductor untuk bicara berirama.  Tak kisahlah choral speaking, kalam jamaie mahupun bicara berirama memang kakak selalu jadi conductornya.

2023 - abah ammi pindahkan kakak ke Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad di Seremban dan masih berada di kelas aliran agama setelah lalui tapisan oleh guru HEM.  Sepatutnya belajar KAA perlu tinggal di asrama tapi waktu itu tempat di asrama adalah penuh.  Jadi berpeluanglah kakak duduk di rumah selama 1 tahun.

Sewaktu ditingkatan 3, kakak masih tak henti mencuba untuk tempatkan diri di sekolah berasrama penuh.  Panggilan pertama dan kedua gagal.  Kita cuba dengan rayuan, masih gagal.  Tapi bila Allah kata itu hak kamu, maka itu memang hak kamu.

19.6.2024 - abah ammi dan mandak Umi hantar kakak ke Sekolah Menengah Sains Segamat.  Alhamdulillah, Allah answered all our prayers.


Disaat pelajar lain terus je tinggal di sekolah lepas pendaftaran kakak diberi kelonggaran untuk balik sebab kakak perlu terbang ke Langkawi bersama kawan-kawan cemerlang lain di Sekolah DSHAH.  


23.6.2024 - Abah ammi hantar kakak ke sekolah semula.  Bukan tak pernah masukkan kakak ke asrama tapi Johor dan Seremban terasa jauhnya.  

Sidang bertulis SPM bermula pada 25.11.2025 dan kertas terakhir yang juga kertas paling "membunuh" berlangsung pada 15.12.2025 dan hari ini officially anda adalah penganggur.

2012: Taska Permata Fitrah, Bandar Tasik Selatan
2013 - 2014:  Little Caliph, Sungai Besi.
2015 - 2020:  Sekolah Kebangsaan Desa Tasik
2021 - 2022:  Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
2023 - 2024:  Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad, Seremban
2024 - 2025:  Sekolah Menengah Sains Segamat, Johor.

Begitulah perjalanan anak sulung abah ammi sebagai pelajar.  Lepas ni buatlah catatan sendiri ye.  Kejarlah cita-cita kamu.    

Post a Comment

0 Comments