Jumaat lepas kami berpecah ambil anak. Kalau tahun lepas kami ada drama masa menjemput anak, tahun ni Alhamdulillah kita bahagi-bahagi tugasan. Ammi ke Segamat, abah ke Ayer Keroh. Umi (adik ipar ammi) awal-awal dah offer diri untuk jemput Kyra lepas habis SPM.
Hari Khamis Umi balik kerja dan jemput ammi di rumah dan kami terus balik Melaka. Pagi Jumaat tu kami bergerak dari Alor Gajah ke Segamat. Singgah sarapan bagai dalam 10.25pagi kami sampai dah di depan pintu sekolah Kyra. Belum boleh masuk lagi. Tapi tulahhhhh punyalah panjang barisan kereta.
Kami dari arah sini, ada yang dari opposite direction, dan ada yang dari kiri. Perghhhh mantap.
Dalam pukul 10.30 pagi whatsapp group dorm Khilfi pun berbunyi. Kat sana pun masalah jam juga. Kereta semua naik, yang turun sendu.
Barisan kenderaan nak naik ke sekolah Khilfi. Abah kata abah sampai sini lebih kurang 11.15 pagi pun masih jam lagi aliran nak naik ke atas. Bertabahlah.
Masa ammi hampir sampai di kawasan menjemput anak, ammi nampak ada satu pintu di belakang Aspuri terbuka. Ammi terus je suruh Mandak Umi park kat situ dan ammi cari Kyra suruh check boleh tak lalu pintu belakang tu. Bila dia kata boleh je moh le kita. Tadaaa...by 11 kita dah selesai masukkan semua barang dalam kereta. Pastu moh le kita layan Kyra bergambar. Berlambak-lambak gambar dan video dalam phone ammi.
Ammi pun ambillah kesempatan sementara kereta-kereta yang lain semua masih melekat di ruangan parkir aspura dan aspuri. Korang load barang slow-slow lah ek, kami gerak dulu.
Bersama seketul ammi yang walaupun dah berdiri di atas tu pun masih gitu jelah ketinggian. Nama tempat yang ammi berdiri tu apa korang? Slab eh?
Dia nak bergambar dengan banner ni diluar sekolah, marilah. Kalau ngan Mandak, mandak dia layan. Kalau dengan abah mungkin lambatttttt lagi.
Lebih kurang 11.30 pagi kami dah sampai di Gemas. Kita singgah ZUS sebentar melayan tekak.
Cafe Latte for both ammi & mandak, mango smoothie for Kyra. Lebih kurang masa orang tengah solat Jumaat kami sampai di Alor Gajah. Selesai solat dan lunch, abah pulak menyusul dengan Khilfi. Alhamdulillah.....lengkaplah kami berlima.
Lepak-lepak tengok badminton match pastu lepas Asar kita gerak ke rumah adik ipar satu lagi di Paya Rumput untuk early dinner pastu kita gerak gi main Pickle Ball pulak di Cheng lepas Maghrib.
Begitulah Jumaat kami yang sangat padat dengan aktiviti dari pagi hingga ke malam.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)


0 Comments