Cobek Batu

Sabtu minggu lepas, lepas je makan di Secangkir Teko tu kami pun ke Super Cowboy Segamat.  Tempat ni bahaya boleh tahan juga kalau pergi.  Segala mak nenek ada kat situ.

Plannya cuma nak belikan Kyra AIR MINERAL SAHAJA dan beli jajan untuk kitorang drive balik nanti.  

Boleh je sebenarnya ke tempat air, ambil dan bayar.  Tapi kaki ni macam eh belum cukup steps lagi harini.  Jadi kita pun pusinglah satu row demi satu row.  Sight seeing makan-makan angin gitu.


Pastu terlalu kat tempat batu-batu tumbuk tu dan ammi macam hmmm nak beli ke tidak, nak ke tidak.  Mana suamiku ini...dia lom masuk-masuk lagi ni.  Kejap tu wahhhh sampai sudah heroku.  "Kalau saya nak beli ni boleh ke?"... Abah angguk je terus macam nak ambil yang diameter 20cm ke 22cm?  Sudah, ini satu hal lagi.  Takpe kita ambil yang kecik jelah.  Ko bukan nak menyambal untuk satu taman pun.



Auwww...kita dah ada.  Awak bila lagi?


Tapi belum boleh guna lagi sebab kena bersih-bersihkan dulu kan?  Korang bersihkan camna kalau beli batu tumbuk?  Arwah mama ajar guna hampas kelapa.  

Tapi tadi ni baru tanya kat pakcik google...dia kata

  1. Rendam: Rendam lesung batu dalam air semalaman. Jangan gunakan sabun.
  2. Tumbuk beras: Keesokan harinya, semasa lesung masih basah, masukkan satu sudu makan beras ke dalamnya.
  3. Gosok permukaan: Tumbuk beras sehingga ia hancur dan melapisi seluruh permukaan lesung. Gosokkan beras ke permukaan menggunakan lesung itu sendiri atau dengan tangan.
  4. Perhatikan perubahan warna: Teruskan menumbuk sehingga beras menjadi kelabu, menunjukkan permukaan lesung sudah bersih.
  5. Bilas: Bilas lesung dengan air paip hingga bersih.
  6. Keringkan: Keringkan lesung sepenuhnya sebelum digunakan buat kali pertama. 




Post a Comment

0 Comments