Bila UASA tamat

UASA di sekolah Khilfi berakhir sekitar penghujung November.  Bermakna ada lagi hampir 3 minggu sebelum sesi persekolahan berakhir.  Sepanjang 3 minggu tu banyak sungguh program yang pihak sekolah aturkan untuk murid lain dan murid tingkatan 3 khususnya.

Taknak mengganggu konsentrasi abang kakak Ohana2125 yang berjuang untuk SPM gamaknya.  Cikgu dah kongsi poster menarik, gambar anak-anak.  Takkanlah kita nak ignore gitu je.  Mehlah kita share kat sini supaya 4-5 tahun akan datang si budak Khilfi ni ingatlah apa yang dia pernah buat dulu masa di MOZAC.


Pada aktiviti harian mereka...tapi bagus.


Dibawa Ke Politeknik Merlimau untuk bagi pendedahan pada anak-anak tentang hala tuju perjalanan pendidikan mereka nanti.


Daripada berpuluh gambar terselitlah satu dua muka anak bujang...dan lets save the photos. 

Ada satu haritu anak-anak di bawa ke International Aero Training Academy (IATAC) di Batu Berendam dan malam tu Khilfi call kata "abang rasa macam nak jadi pilot nanti".  Auchhhhh jatuh ke tanah bergolek-golek jantung ammi dengar.  Tapi ayat ammi "boleh, dengan syarat abang kena usaha keras dapat 9A+ pastu apply scholarship.  Abah ammi tak mampu nak bayar kos ratus ribu".  Ammi tau pun sebab kami tengah handle satu kes yang melibatkan seorang juruterbang.  

Anak-anak juga dikenalkan dengan subjek-subjek Elektif untuk tingkatan 4 nanti.  Ada juga ujian khas untuk siapa yang tak nak ambil Biology tapi nak ambil subjek Sains Komputer.  Untuk tingkatan 1-3 Khilfi memang ambil Asas Sains Komputer (ASK) instead of RBT.  Tapiiiiiii dia tak lepas pulak ujian kelayakan untuk ambil SK di menengah atas.  Jadi nak atau tidak...terpaksalah menghadap Bio ye anakku sayangku.






Tak pasti tangan ghaib milik ibu ayah siapa yang menaja makanan anak-anak ni.  Moga Allah sahaja yang membalas.


Ada juga talk daripada doctor gigi tentang laluan kerjaya dalam bidang pergigian dan bila check bionya....oh Alumni Mozac rupanya beliau.  


Ada juga perkhemahan perdana.  



Kena berbaris...dan buat pertandingan kawad kaki antara rumah.  Yesss kalini Temenggung Champion.  Bersih je bunyi derap kaki tu takde kedengaran bunyi tahi lembu bersepah.  

Teringat masa ammi kadet disekolah dulu...yang jadi trainer adalah cikgu Sejarah yang juga askar Wataniah berpangkat.  Cikgu Kalai.  Bila kita hentak kaki tak sama nanti ayat dia "hangpa semua ni orang ka lembu?  Pasaipa, saya dengar bunyi tahi lembu bersepah-sepah?"


Ada juga kaunseling untuk beri pendedahan cara menangani stress dikalangan remaja.  

Begitulah berakhirnya tingkatan 3 Superisme2327.  Tahun depan kalian semua akan berada di tingkatan 4.  INGAT....tingkatan 4 bukan honeymoon year!

Terima kasih tak terhingga buat Guru Penyelaras Superisme, Cikgu Rozinah yang sangat memahami kehendak dan keperluan ibu ayah.  Dia cakna segalanya.  Harapan kami semoga cikgu dapat terus jadi penyelaras buat batch Superisme tahun depan.

Terima kasih juga buat SARANA Superisme yang sangat aktif, cemerlang, gemilang dan terbilang.  Kita bodek sikit supaya mereka kekal dalam jawatan tahun depan.  

Post a Comment

3 Comments

  1. Kawan Dania perempuan kena pergi Interview sampai 3 peringkat. Peringkat No. 3 dia tak lepas. Tak silap dia apply untuk jadi pilot MAS. Apply selepas asasi. Kalau dia lepas mungkin dia tak sambung degree.

    ReplyDelete
  2. Sekejap aje Khilfi nak masuk form 4 dah ye...lepas tu nanti form 5 plak...takpe la Khilfi kalau kena ambil Bio pun..insyaallah u can do it...

    ReplyDelete
  3. Baguslah penuh pengisian dengan pengisian. Pelajar pelajar dapat manfaat .
    Aviation course semua memang ratus ribu kan. Tapi bila dah certified. Gaji pula yang masyuk. Hehe..

    ReplyDelete