Hari Jumaat lepas di sekolah Khilfi pulak ada Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan yang khusus untuk Batch Superisme2327.
Tema ni kita parents yang buat melalui undian. Nampak gayanya memang menang besar tema kampung sebab mak bapak masing-masing confirm dok fikir bajet. Kalau pilih tema lain karang kenalah pulak cari baju sesuai dengan tema.
Antara props dia photo booth. Terima kasih SARANA Superisme dan ibu ayah lain yang hadir ke sekolah untuk buat persiapan.
Antara makanan yang disediakan. Mewah betul menu.
Ramai juga yang sponsor kuih-muih dan makanan lain. Ada icecream booth, booth air balang.
Dan ada juga yang menaja 2 ekor kambing golek. Semoga Allah SWT limpahkan rezeki dan gandakan rezeki mereka.
Ha kan senang pakai tema orang kampung...korang pakai je apa yang ada. Ni kalau kat kampung dulu kategori samseng atau budak nakal kampung ke camna? Terbayang pulak Alang and the Gang dalam penulisan Ustaz di siri Pengembaraan Masa.
Beratus gambar cikgu dan wakil SARANA share, payah betulllll nak jumpa si jantung hati ammi ni. Akhirnya. Siap bawak batang kayu tu sebab dia ikat buntil baju kat belakang tu. Musafir di kampunglah kot.
Main pindah-pindah table pulak dak Khilfi ni.
Pertama kali ambil hadiah Akademik di MOZAC. Semoga banyak lagi menyusul ye abang.
Bermula dengan 150 orang, kini cuma tinggal 140 kalau tak silap. Mungkin akan ada lagi yang keluar bila keputusan tawaran ke SMT, KV diumumkan sebab ada je kawan lain yang apply. Mudah-mudahan kawan baru yang bakal masuk nanti (FOBA) akan bagi impak positif pada korang. FOBA tu singkatan untuk Form 4 Baru. Masa Khilfi masuk tingkatan 1 dulu, cuma ada 2 orang je FOBA yang register.
Penghujung acara siap ada bunga api lagi. Siapalah pulak yang sponsor bunga api ni.
Terima kasih buat cikgu-cikgu, sarana Superisme dan anak-anak yang terlibat dalam memeriahkan majlis. Event macam ni korang tak akan dapat kalau korang di sekolah biasa, seronokkan sekolah asrama?

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



7 Comments
Wah meriah...semoga allah murahkan rezeki siapa yang sponsor kambing 2 ekor tu..seronok anak- anak makan ye...akak mati2 ingat sekolah ni lelaki aje..rupanya ada jugak puterinya....
ReplyDeleteSaya lebih suka tema orang kampung, bukan setakat lebih jimat tapi nampak lebih santai majlisnya. Tema yang pelik sikit perlu lebih belanja tu sesuai untuk majlis tempat kerjalah kan.
ReplyDeletemeriah eventnya!! kambing golek tu memang best laaa errr cukup ker 2 ekor nak cover ramaiiii guests tuuuu
ReplyDeletemeriah makanan pastu tema nya cantik, dan santai je
ReplyDeleteMasyaa Allah, meriah majlis dengan sajian menu. Senang sangat lah kan bertema kampung , menarik dan mudah untuk di realisasi kan :)
ReplyDeleteAlhamdulilah seronok adik2.
ReplyDeleteCuya dulu zaman belajar Cuya jadi pari-pari..dapat hadiah first hahahah
Alhamdulilah seronok adik2.
ReplyDeleteCuya dulu zaman belajar Cuya jadi pari-pari..dapat hadiah first hahahah