Ammi cuti hari ni sebab ada appointment ambil darah di Klinik Kesihatan. Harap-harap oklah laporan makmal tu nanti sebab rasanya macam dah lama je tak kawal pemakanan.
Untuk nak bagi blog ammi tak bersawang di hujung minggu, ammi kongsilah apa yang ammi masak. Bukan suami saya je yang masak. Saya pun masaklah juga kat rumah kadang-kadang. Masak sikit pun nak berlagak. Biasanya saya mengelat di hari saya perlu masak dengan alasan saya penat. Penatlah sangat.
Hari ammi membabysit Awish hanya kami berdua je dirumah. Abah ada reunion sekolah di Melaka dan Alip pulak ada lawatan ke Kuala Lumpur. Jadi ammi buat apa yang ammi teringin jelah. Buat Sundubu-Jjigae ikut apa yang ada dalam fridge je. Sedap guna daging, tapi daging takde ammi guna ayam jelah. Daun bawang pun tak ada.
Ammi masak ni dalam periuk tanah. Lama dah tak guna periuk ni.
.png)
Untuk Awish ammi tumis-tumis ayam dan sayur gini. Biar berkuah sikit supaya senang dia nak makan. Alhamdulillah, "nak kellet" katanya.
Ini menu makan malam di hari Ammi work from home masa mesyuarat Asean yang lepas. Agak sibuk juga ammi hari Isnin tu maka petang Isnin ammi buat mihun sup je. Cuaca pun bukan main panas lagi. Mangkuk hayun presiden dari negara kononnya polis dunia tu datang dan tinggalkan dosa-dosa dia kat sini ke apa?
Ini menu hari Ahad lepas. Ayam bercili masak ikut suka tapi ammi letak santan sikit. Mula-mula ingat nak letak je sekali sayur kat dalam ni tapi hmmmm dahlah jarang masak, takyah nak malas sangat boleh tak Sharmila?
Tada, kita buatlah kacang panjang goreng. Telur rebus tu baki dari buat sandwich masa melawat Kyra, kita goreng sikit buatlah hiasan bajet-bajet lawa ni. Dah alang-alang ammi tersalah defrost isi ayam, kita minced jelah ayam tu dalam chopper.
Esok kami nak gi visit Khilfi pulak. Rasa macam nak masak something dan bawak sebab minggu ni minggu lawatan bukan outing. Tapi apalah ammi nak masak agaknya. Kasi idea korang.
.png)
.png)
.png)
.png)



4 Comments
Sundubu jigae, aduiii sedapnya.
ReplyDeletemasak yg simple je tp nampak menyelerakan. keep it up!
ReplyDeleteWahhh.. dia masak makanan Korea la.
ReplyDeleteMasak spagetti atau bihun goreng je pun ok, Ammi.
ReplyDeleteComei Awish minta kellet. Kecik-kecik dah pandai makan sayur. Rajin juga tu Ammi masak, banyak hasilnya.