Gadget dulu

Sessi imbas belakang kembali lagi.

Sebelum hadirnya Covid, anak-anak ammi memang tiada gadget.  Kadang-kadang ammi izinkanlah dorang on laptop.  Itu pun kalau behave je perangai masing-masing.  Kerja sekolah siap semua.


Eleh eleh...comel je anak-anak masa kecik kan.  Masa ni main game susun-susun makanan je pun.  


I take big laptop, kakak pakai yang small.  Ingat lagi, itulah dialog Khilfi dengan suara dia yang halus mulus masa itu.  Nak yang besar aja tak padan dengan size badan.


Ini 2018.  Khilfi pun dah tembam sikit.  Sesekali bagilah can mereka bergadget.  Yang duduk kat sebelah abah tu pun bukan main melepak lagi warnanya.  Sekarang?? Serammm.


Hahahaha...dia pun nak suruh kita pun sama dapat main phone hari "itu" sahaja.  Ehhh lawan tokey budak tu ye.  

Sekarang semua dah ada gadget sendiri.  Buat masa ni hanya Kyra je ammi tak lock phone dia sebab dia sorang je dah tau nak manage masa dia sendiri kalau dapat phone.  Khilfi dan Khalif kalau tak lock mau 3 hari 3 malam dia tak gerak dari tempat dorang duduk tu.

Post a Comment

0 Comments