Abah Masak Apa (13)

Lama dah ammi tak share menu yang abah masak.  Korang, ammi share ni bukanlah nak tunjuk yang suami ammi hebat memasak.  Janganlah korang bandingkan dengan suami korang pulak.  Masing-masing ada kelebihan masing-masing.

Sebenarnya bila share menu suami masak ni jadi macam buka aib sendirilah pulak sebab nampak nau isterinya jarang memasak kat rumah.  Ahaks.  


Abah buat ayam masak lomak (bukan Pak Zain ayah kak SA je suka masak lomak, suami kita pun sama).  Abah regukan dengan bendi celur, cencaluk dan petai.


Ada baki lebihan ayam masak lomak hari sebelumnya maka abah tinggal tambah daging balado dan terung goreng.  Terung tu pun boleh tahan menyengat.  Berapa banyak cawan air ntah alip minum haritu.


Abah buat kari ayam pekat likat.  Timun tu Alip yang potong masa abah keluar ambil ammi.  Katanya "Alip tengok tak ada sayur atas meja, Alip tolong potongkan timun.  Cantik tak?".. Hahahha...cantik.


Masak lomak lagi.  Kalini lomak udang pulak yang dikombokan dengan kacang panjang goreng pecah telur terlebih masin.  Ehhhh memang nak kena mention ek masin tu?  Tak bersyukur bethol seketul isteri ni ek.  Ahakss


Ini lauk hari Isnin lepas.  Terung goreng, telur mata bersambal dan ayam goreng.  Nikmat betul makan berbuka puasa lauk gini.  

Ini pulak lauk hari Selasa.  Kari ikan siakap, telur masin dan kacang buncis pecah telur.  

Sehingga kita bertemu lagi di segmen Abah Masak Apa episod ke 14.  Abahkan pernah masak kerabu ikan ayam-ayam dulu, rasa macam bersalah tak kalau ammi nak request menu tu semula.  Macam renyah jugaklah cara nak buatnya.  

Ba, awak baca blog saya kan ba?.... Awak nampak tak saya tulis apa kat perenggan atas ni?  😉😉

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahha...cakap depan2 rasa bersalah, dia pi request kat blog..sabar je la...ye la Abah SA bleh geng ngan suami Ammi...elok sanagt la tu...kami suami isteri dah jemu makan MLCA...

    ReplyDelete
  2. i suka jer tgk ur share psl ur hubby pandai masak--sama mcm suami amy mama tisya pun terer masak2 jugak!! rezeki uolls laaa tu!

    ReplyDelete