Masa kami di Segamat haritu singgahlah juga di Mr. DIY. Kyra nak cari earphone. Ye wak, anak-anak kita pakai earphone beli kat Mr. DIY je. Belum sampai level beli earphone jenama terkenal yang mahal lagi.
Cuma ammi dan Kyra je masuk dalam Mr. DIY tu. Sampai di tempat jam, eh dia stop kejap. "Boleh tak kakak nak belikan Alip jam tangan. Nak bagi dia semangat nak exam". Ammi angguk je. Pastu sambungan ayat dia ialah "kakak beli, tapi ammi bayarkan ek?". Hehhhh gitu pun boleh ye?
Masuk kereta terus je dia pakaikan kat adiknya ni. "Jawab periksa elok-elok tau Alip. Alip ingaattttt je muka kakak yang cantik ni". Haaa gitulah ayat masa dia pakaikan jam kat tangan adik. Tinggi betul level perasan cantik dia ni.
Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal jam. Ammi nak cerita yang akhirnya ammi jumpa spatula yang ammi nak di Segamat. Dah merata Mr. DIY yang ammi singgah sebenarnya ammi cari tapi tak jumpa. Akhirnyaaaaa...
Masa jumpa ni ammi macam "ehhh yang ini ke? Apsal rasa macam kecik je". Sendiri guna sendiri confuse. Tapi belilah satu. Balik rumah terus je cari spatula yang lain nak confirmkan.
Ohhhh betul rupanya.
Dah gongak spatula yang berdua tu. Mana pergi ntah kepingan yang pecah tu. Masuk dalam makanan ke apa ntah. So far belum ada sesapa complaint jumpa apa-apa dalam masakan.
Kalau masak guna periuk non-stick ammi suka guna silicone spatula ni berbanding sudip kayu. Kalau masak guna kuali telinga legend, guna sudip legendlah juga. Barulah sedap ko nak ketang ketung kat kuali tu.
.png)
.png)
.png)



0 Comments