Minggu lepas Alip dah dapat buku teks untuk tahun 6 nanti. Dapat minggu lepas tapi seketul ammi tak rajin betul nak menghadap buku dia.
Malam Isnin baru terhegeh-hegeh check buku, tulis nama semua. Dan buat pertama kali ammi nampak nama anak orang sama macam nama anak ammi.
Siapalah agaknya Zaim Khilfi ni. Kalau kata masa 2018 itu usianya 12 tahun sekarang pasti sudah 19 tahun usianya.
Tapi hingga ke hari ini masih ramai lagi yang salah menulis nama anak ammi. Ibu pada kawan-kawan dia di asrama pun masih panggil dia K H I F L I. Khifli pun Khifli la...
Dapat senarai nama dia dalam WhatsApp. Hmmm salah juga. Redha jelah anak bila orang salah sebut atau eja nama kamu.
Pagi ni Khilfi Syahmi ada Pentaksiran Diagnostik Akademik untuk subjek Matematik. Semalam dah berlangsung Sains dan bila dia call ammi dia kata "susah betul soalan dia".
Cikgu kongsi gambar di group besar Superisme. Gambar anak ammi dari belakang je ada. Belakang pun belakanglah.
Good luck anak-anak Superisme2327

.png)
.png)



0 Comments