Dingin

Hujung bulan 9 kalau tak silap aircond di workstation ammi rosak.  Panggil aircond technician datang kononnya untuk dia check dan service tapi katanya unit tu memang rosak.  

Pastu tuan tanah pun tukarlah aircond unit yang baru.  Masalahnya ialah, aircond dah berfungsi tapi tak cukup nak menampung capacity ruang.  Aircond lama 2.5hp, tapi aircond baru cuma 1.5hp.  Ko rasa? Lagipun kedudukan aircond tu tak sesuailah pada pandangan ammi. Apa motif tuan tanah pasang aircond menghala ke tingkap ntah.  Ada hantu ke gamaknya bertenggek kat tingkap tu? 


Meja ammi tu ha kat belah-belah arrow tu.  Boss dah cuba halakan kipasnya ke arah ammi pun still tak rasa pun aircondnya sangat.  

Ammi on paling sejuk pun still berpeluh tiak ammi.  Dah jadi satu hal pulak semua pintu kat dalam office ni ammi tutup supaya kita kepung udara sejuk tapi tetap panas.  

Sudahnya marilah kita beli kipas kecil ni.  Boss suruh beli standing fan tapi hmmm buruklah pulak nanti office ni.  Kita beli table fan je cukup.  Biar kipas tu blow direct ke muka I.  Biar tak cair mekap I.  Ahakssss.


Hari Khamis haritu dah sampai tapi pagi ni baru gigih buka sebab petang Khamis tu ko heboh nak balik cepat.  Nampak biru pulak dinding belakang tu.  Patutnya putih mulus je korang.


Ahhhhh dinginnya angin.  Awak duduk situ dendiam ye.  Berkhidmatlah dengan baik ye Hulmers.  Rasanya kalau free hair mau mengiwai-ngiwai rambut kat dalam office ni.

Ammi beli brand ni je kat Shopee sebab 2 standing fans yang ammi guna untuk camping dari brand yang sama.  

Post a Comment

1 Comments

  1. kita pn ada kipas kt meja sbb kdg2 ekon tk rasa..panas

    ReplyDelete