29.10.2025 telah diadakan Majlis Makan Beradat di sekolah Kyra.
Mula-mula ammi ingat majlis ini dikhususkan untuk anak-anak tingkatan 5 je. Rupanya untuk satu sekolah. Wowww...patutlah Kyra kata "kakak rasa macam duduk kat dalam sarang lebah sebab bingit sangat". Masalahnya, pernah ke budak ni duduk kat dalam sarang lebah?
Keadaan dewan makan sebelum bermulanya majlis. Pelajar duduk ikut warna rumah. Berbezalah pendekatan sekolah ni. Kalau sekolah Khilfi, makan beradat ikut warna rumah. Kalau merah, merahhhhh jelah yang hadir pada hari tersebut. Maka ada 4 kalilah majlisnya.
Tapi tak boleh nak dipertikaikanlah juga. Sekolah Khilfi sekolah yang dah 50 tahun usianya. Duit nak menjayakan program pun banyak. Sekolah Kyra ibarat baby yang baru belajar berjalan. Jadi cikgu usahakan buat seadanya.
Tema majlis makan beradat kalini Western / Smart Casual / Gatsby. Ammi macam, eh Gatsby ni mende? Kita google sikit-sikit dan kita belikan dia baju gatsby versi Muslimah jelah. Ahaks. Pastu masa ammi beli ammi pilih warna ikut selera ammi. Kita carikan dia warna Emerald Green. Tudung pakai je apa yang ada. Nasib baik boleh masuk warnanya.
Tak sia-sia pilih warna gini. Dia sorang je yang pakai jadi senang ammi nak detect anak dalam gambar.
Berjalan mencari meja dan masih belum nampak abang cameraman agaknya. Jangan bagi dia nampak kamera Bang. Tak lekang senyum nanti budak ni. Habis rantai, gelang pearl ammi bekalkan demi nak mencantikkan anak seadaanya. Pelajar tak dibenarkan bersolek.
Ahh tadaaaa...dia nampak dah kameranya.
See..i told you. Jangan bagi dia nampak kamera.
Tengok gambar-gambar yang cikgu kongsi, anak-anak remaja ni muka naked pun elokkk je lawa. Cuba kalau ammi, hmmmm dah serupa hantu mak limah dah.
Ala ala intan payung abah ammi.
Bersama-sama rakan sekelas. The Emeraldo.
Emeraldo Girls bersama cikgu kelas mereka yang bertudung corak itu. Anak-anak semua tak sempat pun nak posing solo sebab masa dah time nak masuk ke asrama semula. Macam cinderella pulak budak-budak ni ye.
Ammi pun tak pasti ada ke tidak majlis graduasi untuk batch Warriors ni. Adakah diadakan selepas tamat SPM, apakah sewaktu terima results. Masa suntukkan, jadi apa-apa sajalah.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



1 Comments
wah...anak dara ammi sorang je ada hiasan kepala tu.. terus teringat cerita2 bangsawan omputih zaman dulu2, kan ada hiaan atas kepala macam tu..
ReplyDeletelinda dah hilang ingatan, makan beradat dulu waktu bila je.. hahaha