Solat Hajat Perdana SESS

Hari Sabtu seawal jam 6.40pagi kami dah berada di atas jalan.


Ada majlis Solat Hajat Perdana di sekolah Kyra.  Tapi tak buat di sekolah dialah sebab surau tu tak dapat nak tampung bilangan ibu bapa dan kurang "bersedia" dari segi fasiliti.  Kita buat di Masjid Syed Alwi yang berhampiran sekolah je.


Bekalan perjalanan kami.  Buat sandwich telur jelah.  Prepare malam, bangun awal pagi dan kita tepek je atas roti dan potong.


Buat juga kek batik atas permintaan anak dara.  Jumaat tengahari tu dia call "agak-agak kalau kakak request kek batik, ammi sempat tak nak tolong buatkan".  Abah balik solat Jumaat ammi teruslah cakap kakak request nak kek batik, perghhh berdesup soalan abah "bila nak cari barang tu?".. huhu.

Bila upload gambar harini baru perasan, ammi tak simpan sikit pun untuk rumah.  Ammi pun rasa sepotong je masa potong pagi Sabtu tu.  


Anak-anak kenalah duduk dengan ibu atau ayah di dalam masjid.  Mehlah kita nangis sesama.


Eh sebaris pulak mata abah.  Masa ammi sampai masjid, ammi teruslah pergi ambil wudhu'.  Masa keluar dari toilet tu dengarlah ada budak-budak cakap "Dia ikat rambut ayah dia ke?  Comel gilaaaa".  Hahhahahah...yang comel itu anakku rupanya.  Tak segan-segan dia ikat rambut abahnya di depan orang ramai.


Oooppsss terkantoi main phone.


Tangan seketul emak yang telah terhenti pemanjangannya.  Last tapak tangan ammi lebih besar dari tangan anak dara ni rasanya masa dia darjah 3 kot.  Dia darjah 4 (ammi pernah snap gambar ni), masa tu pun tapak tangan dia dah sedikit panjang dari tapak tangan ammi.


Selesai je di masjid dalam jam 12 kami tak pergi pun ke lokasi potluck bersama ibu ayah yang lain sebab ammi memang tak letak nama pun untuk bawa apa-apa.  Kami terus je pergi lunch dan ke Segamat Sentral.  Carilah keperluan anak dara ni.


Ada pulak booth Jajan Viral yang jual macam-macam jenis coklat dan arghhh terkandas kami disitu.  Selesai di situ, mohlah kita cari barang lain.  Nak earphonelah, nak cendollah.


Makanlah di lokasi cendol famous di Segamat.  Di Cendol Segar Amat.  Dah alang-alang tumpang solat di Masjid India di sebelahnya tu kan.

Selesai semua, kami hantar anak dara ni pulang semula ke asrama lebih kurang masa azan Asar sedang berkumandang.  Dah hampir 30 minit perjalanan, tiba-tiba dapat call daripada nombor asrama. 

Kyra:  Ammi, ammi dah jauh ke?
Ammi:  Dah lepas Gemas.  Kenapa?
Kyra:  Alaaaa, plastik coklat tertinggal kat belakang.  Kakak terlupa kita tak naik Jennifer.

Hahhahaha...tak dapek do abah nak patah balik.  Insyaallah kita jumpa 2 minggu lagilah baru dapat coklat tu ye nak.

Dah jadi kebiasaan dorang ni kadang-kadang daripada seat terus je letak barang di belakang sebab masa buka bonet belakang bolehlah angkut sekali semua.  Kami buka juga bonet masa hantar Kyra ke asrama tapi kereta baru ni 7 seaters.  Benda yang dia letak tu diamnya di atas seat yang dibelakang.  Kalau dia tak perasan coklat tertinggal, mungkin juga coklat tu bakal cair sendiri dalam kereta tanpa sorang pun sedar.

Semoga Kyra Saffiya dapat menjawab soalan lisan tadi dengan baik.  Ammi tak sabar nak tunggu panggilan telefon dari dia.  

Post a Comment

0 Comments