Ahad kami

Hari Ahad lepas hari menghantar Khilfi pulang semula ke asrama.

Pagi kita sarapan jelah dengan apa yang ada kat rumah.


Nasi tu hari Jumaat punya.  Hari Ahad pagi baru kita goreng dia.  Sejuk gigil-gigil dia kat dalam peti ais.  Ahaksss.  Curly friest tu Alip punya keje.  Ayat biasa dia kalau nak sesuatu "Alip dah lama tak makan fries gulung-gulung ni".  Mujur kali ni dia sebut dah lama tak makan.  Dulu dia suka sebut "Alip tak pernah makan"... ooiii kejam betul mak ayah ni dia ni tak pernah bagi dia merasa macam-macam.


Nasi goreng ammi buat tak pedas.  Jadi sambal kiriman Fanny jadi penyelamat.  Takat ni ammi dah rasa 2 jenis sambal ni...dan sambal korek tu lebih pedas pada ammi.  Pedas sedap yang ko tak sedar tiba-tiba melungsur laju air hidung.

Lepas Zohor barulah kitorang keluar rumah.  Zohor sekarang pun dah awal sangatkan.  Singgahlah makan dulu kat Restoran Chicken Ball-Ball tu.  Ammi nak rasa nasi ayamnya pulak.


Ambil set Family Combo ni.  Datang dengan 4 nasi, 1 set ayam BBQ (mmg wajib ambil) dan 3 bahagian ayam lain boleh pilih nak yang steamed atau roasted.  Dalam set ada juga taugeh dan steam tofu.  Harga set ni dalam RM52 kalau tak silap.


Anak-anak ambil cendol sebab haritu masa ammi makan cendol tu ammi rasa sedap dan kena dengan selera.  Dannnnnnn Alip pun kata cendol ni lulus.  So sekarang ni cendol kedai faveret dia "kedai Ijoi" dah jatuh rank ke-2 katanya.  Ada-ada je kamu ni.  

Sampai sekolah Khilfi masa turunkan barang dia ammi barulah tergerak hati nak tengok beg kasut dia.  Pastu ammi tengok kat kaki dia pakai kasut kulit.  Dalam bag ada kasut boot baru.  Kasut sukan?  Rasanya dia balik Jumaat tu pakai kasut sukan.  

Barulah dia macam "alamakkkkkkkkkkkkk, abang simpan kasut tu dalam rak kasut".  

Dan ammi pun tak cakap banyak...cuma hei kita tengok dia, hei kita jeling mata... ada yang nyanyi ke tu? Walaupun ammi tukar liriknya? 

Hari Isnin Abah pun pergilah courierkan je kasut sukan anak tu.


Dah selesai tu abah pun sendlah gambar ni kat ammi, abah start motor terus balik.  Mujur juga ammi check.  Udah kenapa nama Kyra tapi alamat sekolah Khilfi.  Ingatkan abahnya rindu nau kat anak dara dia tu.  

Berkali-kali call abah tak jawab phone sebab atas motor.  Bila dapat je ammi bercakap terus lelaju abah kena gi semula ke outlet courier tu dan check.  Satu hal pulak warden paging nama Kyra takde yang datang menuntut barang.

Rupa-rupanya nombor receiver tu letak nombor ammi (mmg biasa gini), dan kat J&T dia terus je track receiver tu as Kyra.  Tapi masalah dah diselesaikan dah...Khilfi pun dah dapat kasutnya.

Post a Comment

0 Comments