Pagi Jumaat itu

Hari Jumaat lepas ammi as usual work from home.  Pagi ammi ke klinik kesihatan berhampiran rumah.  Appointment pukul 8 pagi tapi 7.40 pagi sajalah gerak dari rumah.  Sampai di klinik 4 minit kemudian oh nombor dah mula diberi.  Kita pergi jelah lelaju dan dapatlah no. 12.


Baru nak keluarkan telefon buat crossword eh nombor dah dipanggil.  Diberi bekas untuk isi urine dan satu bekas untuk darah.


Tup tup pukul 8 pagi dah selesai.

Harap-harap result oklah terutamanya cholestrol sebab sejak last ko jumpa doctor bulan 5 haritu, ko makan macam tak ada hari esok.  


Dah boleh buka puasa lepas ambil darah.  Meh lah sarapan manja-manja kat kedai berhampiran klinik.  Macam-macam jenis roti bakar dia ada.  Tapi ammi pilih roti bakar arang.


Makan cicah dengan telur 1/2 masak.  Kalau kak SA confirm dia tak gemar ni sebab orang tu dah pecahkan telur tu sesiap masuk piring.


Balik rumah sebelum on laptop, marilah kita gunting dan rebus cili dulu.  Kita nak buat sambal ikan bilis untuk bawa ke sekolah Khilfi esoknya.  Macam marah je masa orang tu buat label cili tu kan... CILI KERING LANGSUNG TAK PEDAS katanya.  Tapi memang betul tak pedas.  Cun-cun je.



Jadi ammi tambahlah 4-5 tangkai CILI KERING PEDAS ni.  Masa beli ni abah nampak KERING tu as KURANG.  Ahakss.

Post a Comment

0 Comments