Sabtu lepas kami pergi ziarah Kyra lagi. Masa kami ziarah Khilfi minggu sebelumnya Kyra call dan ayatnya "kakak nak lauk sama macam abang pleaseeeee, tapi mihun tukar nasi goreng".
Baiklah anakku..permintaan cuba untuk ditunaikan.
Mujur juga last minit boss kata takyah masuk office hari Jumaat (sepatutnya kena masuk). Jadi awal pagi ammi buat sambal. Kalini buat lebih sikit supaya kita adalah stok emergency kat rumah. Boleh guna untuk jadi sambal pecah telur ke kan kalau malas.
Pulut kuning, sambal ikan bilis, nasi goreng udang, dan nugget. I know my daughter well. Antara ayam goreng dan nugget dia lebih suka nugget...so kita gorengkan nugget je.
Lebih kurang lepas Zohor kami sampai di sekolah kakak. Terus jelah kami tunggu dia di kantin. Abah pun dah lapar dah tu.
Kawan kakak ramai yang outing dengan parents. Mana yang tak keluar lepas je zohor terus rebut peluang tidur dan taknak makan.
.png)
Budak kecik kat tengah tu sepanjang minggu lepas tak dapat pegang phone sendiri sebab nak fokus pada UPKK. Sekali dia dapat chance pegang phone kakak ehhhh dia dia buat hak milik pulak.
Kejap tu kakak cakap "jap kakak cari sapa nak makan".
Dan datanglah dia bersama 2 orang adik junior form 1 ni. Yang berkopiah putih dan baju hijau.
"Kebetulan kakak Kerra panggil makan. Saya memang lapar ni sebab tadi tak sempat pergi DM. Kelas Darjah Khas lambat habis", kata yang berkopiah. Alaaaa siannya. Yang baju hijau tu budak Pahang jadi dia tak ada kelas darjah khas, tapi dia tertidur dalam dorm. Kalau tak, nasiblah kamu nakkkk nak tunggu sampai dinner pukul 6 lebih karang.
Yang 2 orang dihujung tu batchmate Kyra. Makanlah anak-anak semua. Habiskan jangan memalu.
Ammi buatkan juga kek batik kesukaan anak dara ni. Katanya "kek batik ammi paling best di tekak kakak sebab dia gooey". Ammi pun follow je resepi tu dan bila rasa ini terpaling sedap ammi lock resepi yang ammi tengok kat portal Rasa.
Alhamdulillah setakat hari ini (21.11.2025) Kyra dah selesai
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi)
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu
- Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
Hari Selasa depan 25/11/2025 akan bermula peperiksaan bertulis. Semoga Kyra Saffiya, batch Warriors2425 dan semua anak-anak batch08 diberikan ketenangan hati, dapat membaca dan memahami soalan dengan baik dan diberikan ilham terbaik untuk menjawab soalan dengan baik.
Harap-harap pelajar-pelajar junior lain yang masih lagi bersekolah masa peperiksaan berlangsung tak mengganggu kosentrasi abang dan kakak yang sedang berjuang di dewan peperiksaan.
Ngam-ngam 1 bulan dari tarikh hari ini anak dara ammi akan menginjak ke usia 17 tahun.

.png)
.png)
.png)


14 Comments
semoga dapat jawab dengan tenang ye Qyra dan anak2 yang lain..
ReplyDeleteingatkan panggil geng gegirl, rupanya boboi.. hahaha
Sukanya spend time makan macam ni. Makan dgn kekawan.
ReplyDeleteGoodluck Kyra. Terasa lama betul hendak cuti sekolah, adeih~
moga beroleh kejayaan.. bestnya pulut kuning
ReplyDeleteBagusnya Kyra pergi cari adik²v junior anak makan... Very the Kakak la :D
ReplyDeleteAll the best Kyra! Batch 08 boleh!
Seronok masak bila anak2 makan berselera. Masak apa mereka suka sure habis.
ReplyDeleteall the best utk kyra for spm! sedapnya dpt mkn hasil air tgn ibu!
ReplyDeleteAlhamdulillah...semua order dapat. Seronoklah Kyra. Rezeki adik-adik junior pun dapat makan sekali. Puji habis makanan Ammi dia. Yelah kan, masakan mak sendiri mestilah sedap tiada tandingan. Mak pun tahu selera anak. Amboii dak Alip ambil kesempatan pulak dia ye. hihi...
ReplyDeleteGoodluck Kyra...
ReplyDeleteSedapnya nasi goreng Ammi masak tu . Lapor lak..
Selalu happy saya kalau lihat anak2 makan lahap begini. Paham kalau mereka stay di asrama, pasti happy jika ada undangan untuk makan bersama. Teringat zaman dulu di high school, kalau orangtua datang bawa makanan, itu bagi kami momen perbaikan gizi 🤣🤣.
ReplyDeleteMakanan asrama bukan tak sedap, tapi pasti jauuuh kalau dibandingkan masakan orangtua sendiri ðŸ¤
Naah kek batik yg goey macam itu yg saya sukaaa juga kak. ,🤩
Patutlah manis... sweet 17 gitu
ReplyDeleteSeronok Kyra family datang bawa makanan sedap. Selalu kalau duduk asrama ni rindu nak makan sedap2. Alhamdulilah rezeki dikongsi juga.
ReplyDeleteAll the best untuk SPM ya....
Wah seronok dia ye dapat apa yang diidamkan..bukan apa..kehadiran ammi abah dia tu yang buat semangat dia berkobar..all the best Kyra...
ReplyDeleteall the best to Kyra.... anak nak exam, kita pun sama suspen kan...
ReplyDeletehari ni Iris kuar bilik exam senyum je...dia minat sejarah, malam tadi study sampai pening2..siang siap kejar cikgu sejarah dia kat bilik guru...adoi la..so far semua ok je.. sambung next week plak la kannn...
kakak panggil gitu je ya... mangsa keadaan adik-adik junior.. tapi rezeki diorang lah dapat makan sedap-sedap.
ReplyDelete