Potluck rumah Along

Hari Ahad lepas adik-beradik abah buat potluck di rumah Along di Port Dickson.  Along nak bakar sate.  Memula tu macam kami 3 keluarga je kata nak hadir tup tup dihari kejadian ehhhh ramai pulak.  


Kak chik buat rendang ayam dengan kari kepala ikan, along buat mi celup, ada nasi impit, lodeh, kuah kacang.



Ammi bawa sotong sambal cili padi asam pedas.  Terbayang-bayang menu ni dari minggu lepas sebenarnya, jadi dah alang-alang nak berpotluck ni kita buat jelah.  Sotong pun boleh tahan keras harganya.  Masa kami beli ni sekilo RM40.


Dak Anil, tukang bakau sate.  Habis kitorang datang wangi perfume, menjelang malam time balik semua org bau asap.  Nasib semua org bau yang sama jadi masa salam cium2 tu takdelah serba salah sangat.  Ahaksss


Sessi bercerita...hal anak gajah pun masuk topic.  Bila hal gajah masuk topic mata ammi pun auto berkaca-kaca.


Abam polis yang handsome ni bakal timang anak ke-2 hujung tahun nanti.


Borak lagi dan lagi dan lagi.  

Lepas solat jemaah maghrib tu kita buat jelah terus tahlil.  Dah alang-alang ramai juga yang hadir.  

Yang ada harini, of course tuan rumah sebagai anak sulung.  Pastu yang no. 4, 6, 7, 8 (singgah sekejap je), 9, 10, dan 11.  No. 2, 3, 5 dan 12 ada urusan dan agenda lain.  Tu pun mana yang hadir ni tak lengkap famili masing-masing sebab biasalah tu bila ada anak yang dah berkahwin, bekerja, ammi pun anak sorang tak ada sebab di asrama.  

Alhamdulillah, tarikh 11.5.2025 juga bertambah cucu kami.  Isteri Adam selamat lahirkan anak ke-2 lebih kurang jam 8.11 malam.  

Setakat harini Alhamdulillah dah 11 orang cucu kami.  Menjelang akhir tahun ni insyaallah bakal dapat 3-4 lagi.  Tapi daripada 11 tu baru ada 3 kuntum je bunga.  Boleh bayangkan kalau arwah abah masih ada lagi, mesti dia happy tengok cicit2nya.  Tapi itulah hakikatnya, tiap yang bermula pasti akan berakhir.

Post a Comment

7 Comments

  1. Ramai jugak tu cucus, sampai 11 orang. Memang meriah la bila ada jamuan macam ni kan.

    ReplyDelete
  2. gerammmm je tgk bendi dgn sotong tuuuu fuhhh

    ReplyDelete
  3. Meriah kalau dpt berkumpul satu keluarga mcm ni. Buat potluck banyak sikit dapat makan, silap3 bole tapau lagi

    ReplyDelete
  4. Bestnya mengepotluk adik beradik

    ReplyDelete
  5. The more the merrier la kan ... Seronok semua berpakat dan bawa juadah sedap² semua tu

    ReplyDelete
  6. Seronoknya berkumpul ramai2. Cie pulak ada 6 cucu belah Cie, belah husband ada 2.

    ReplyDelete
  7. ini baru betul santai di posisi

    ReplyDelete