Kita makan mi kari lorong lagi sekali

Jumaat lepas memang dari pagi membawa ke malam kami makan di luar.  Hari kerja ko tak masak, hari ko konon-konon kerja dari rumah pun ko malas masak.  Apa nak jadi Sharmila?  

Malam lepas je Alip mem'provoke' babah dia dan balik dari kelas mengaji, kami keluar mencari makan malam.  Sebab ammi sebut nak mi kari jadi abah terus jelah ke kedai mi kari lorong yang kami pernah pergi dulu.


Yeay dapat mi kari.  Sambal tu sedaplah.  Kuah boleh tambah secara percuma.  Tapi kalau ko nak tambah mi, ko order jelah mi kari lagi satu.  Apa hal nak tambah-tambah pulak...ko ingat ni rumah sedara ko ke apa?



Abah order mee hailam pedas.  Rokok tu tak masuk dalam pakej makanan.  Bilalah agaknya suamiku syurgaku ni nak berhenti hisap rokok?


Alip order mihun sup tapi macam biasa, makanan dia memang suamiku abahmu yang kena habiskan.

Memula ingatkan lepas makan nak lah ke Metropark Sendayan sebab along ammi niaga kat situ malam tu.  Tapi lepas makan jadi macam, hmmm kita balik jelah.

Nampak gaya seharian kami tak makan nasi hari Jumaat tu.  

Kak SA kalau nak cuba silalah Waze ==> mee kari lorong (dia dedekat surau Al Hadi Sikamat 2)

Post a Comment

5 Comments

  1. Baikkkk...nanti ajak abang and Nia terjah...mak oiii..Alip nyer bihun sup tu nampak sedap laaaa...mee kari tu pun...aduhhh...memang entry ni racun akak la...

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak mee kari tu...

    ReplyDelete
  3. semalam suami kongsi mee kari sedap kat Bidor, ni tengok mee kari terus rasa lapar

    ReplyDelete
  4. semua sedap sedap...iuni memang tak bagi saya diet ni hihihihi

    ReplyDelete