26.4.2025 diadakan Hari Asrama Terbuka (HAT) di sekolah Khilfi. Biasanya sebelum HAT akan dibuat gotong-royong dulu bersama anak-anak dan ibu ayah. Memandangkan gotong-royong dibuat dihari bekerja jadi memang tak dapatlah nak lari ke sana.
Khilfi ada buat persembahan nasyid masa hari HAT ni. Tidak kusangka bakat itu ada pada anakku. Auwww.
Aik..ada 3 banner je? Mana banner Bendahara?
Ini hari gotong-royong pada hari Jumaat. Ada parents Temenggung yang hadir sama-sama tolong bersihkan apa yang patut. Terima kasih pada mak ayah Tem yang bagi sokongan pada anak-anak. Dorm tengah serabut masa ni sebab dorang dok alihkan itu ini.
Hari kejadian (Sabtu) lepas je acara di bawah, ibu ayah bleh naik ke dorm anak-anak dan makan bersama-sama. Kitorang buat konsep potluck. Abah tak dapat hadir, jadi ammi pun order je dari salah seorang mak Temenggung untuk gorengkan ayam untuk anak-anak.
Ni gambar awal-awal setting, kemudian-kemudian makin bertambah lauk sebab ada parents yang lewat sampai. Rezeki anak-anaklah kan.
Ammi tak datang tapi ammi hantar ayam je sebagai pengganti diri. Boleh gitu?
Terima geng mak-mak Temenggung yang kami kenal dari anak-anak form 1 lagi. Walaupun ada yang anak dah bertukar dorm sebab jadi pengawas, tapi kami masih tetap dalam group kami. Insyaallah semoga ukhwah ni terus kekal hingga anak-anak kita besar nanti.
.png)
Gambar kurang jelas tapi belasah je. Gambar masa form 2 kitorang semua musykil tak ada sebab tak ingat ada ke tidak HAT ni?
11 Comments
seronoknya anak2 di hari terbuka tu dgn dapat makan sedap2 lagi
ReplyDeleteSeronok buat makan untuk anak2 bersungguh mereka makan.
ReplyDeleteBagus ada aktiviti macam ni, mengeratkan hubungan sesama parents jugak.
ReplyDeletemeriah tu mkn2 sbb konsep potluck
ReplyDeleteteringat zaman-zaman masuk asrama dulu, makan maggi dalam besen beramai-ramai cukup bahagia...licin
ReplyDeletealhamdulillah..seronok ada aktiviti mcm ni
ReplyDeleteKalo duduk asrama every weekend makanan mak2 la yang dinanti anak2...saya pernah merasa ddk asrama dulu...
ReplyDeleteTerima kasih parent yang datang menyantuni anak2 kan...ok la tu Ammi x datang tapi ayamnya sebagai wakil..
ReplyDeleteDorm yg ada makan² mmg selalu kena serbu hehe...
ReplyDeleteAda bakat terpendam ye anak soleh sorang ni 👍🏻
waahh meriah dorm khilfi ye sbb byk makanan hehehe
ReplyDeleteAiiih serunyaaaa. Macam rindu zaman2 sekolah asrama 😄👍. Makanan banyak, pasti lah langsung ramai teman2 ikut join yaa 👍
ReplyDelete