Rasanya semua sekolah menengah di Malaysia sedang ada PPT sekarang ni. Dan untuk Form 5 dan juga Form 4 mereka sedang gigih drill apa yang patut disamping fokus untuk exam. Kalau disekolah Kyra, telah dimulakan perkampungan ilmu untuk F4 & F5 since awal May haritu. Maknanya tiap kali anak-anak menengah rendah (Form 1-3) balik, mereka perlu berkorban "hari cuti" untuk program ilmu.
Hujung bulan ni pun bila pelajar lain pulang 28.5.2025 untuk cuti pertengahan semester, anak-anak menengah atas perlu kekal disekolah dan pulang sedikit lewat dari adik-adik untuk program ilmu yang dah dirancang sejak awal untuk persediaan mereka. Insyaallah, anak-anak SESS, pengorbanan kalian dan pahitnya hari ini akan ada manisnya dihari esok.
Untuk batch Form 5 kami parents ada group khas yang mana kita buat poll untuk collection dan akhirnya kita memilih RM30 sebulan untuk program-program gini. Kita topup mana yang patut untuk makanan tambahan anak-anak sebab mereka adalah anak-anak yang sedang remaja. Level makan dorang tak sama dengan kita. Setiap sejam akan ada je suara anak-anak yang mengadu lapar. Kita faham sebab kita pernah remaja. Kita pernah ada nafsu makan macam godzilla.
Duit yang kita kumpul untuk taja makanan waktu rehat, iaitu waktu diluar waktu makan di dewan makan. Untuk parents yang tak mampu untuk hulurkan RM30 sebulan its ok. Tiada paksaan sebab kita kena faham taraf ekonomi setiap ibu bapa adalah berbeza.
7 Comments
bagus betul parents semua menyumbang tu
ReplyDeleteBagus parent sehati sejiwa macam ni...eh Kyra amik SPM ke tahun ni...
ReplyDeleteBetul, umur-umur macam tu memang selera makan lain..
ReplyDeleteBagusnya parents ada inisiatif buat macam ni❤️👍👍👍
Form 3, Form 4, Form 5 tahun ni memang kena struggle gila ...sebab tgk gaya KPM nak mulakan sesi persekolahan bulan 1 semula...jadi memang banyak laaaa kena laju pembelajaran SPM tahun ni dan beberapa tahun lagi.
ReplyDeleteBagus semua parents sama-sama kongsi memberi sumbangan, untuk anak2 kita juga kan kak. Tang biskut 1 tin tu seronok betul lah
ReplyDeleteBagus ye, F4 pun dah start drill. Sekolah Abang mmg fokus utk F5 je.
ReplyDeleteYes, bab makan ni pun kira booster juga utk diorg. Lagi banyak belajar lagi lapar sebenarnya kan... Mengantuk ke letih ke bila dapat kudap2 tu lega sikit
Banyaknya makanan untuk anak-anak. Alhamdulillah. Bagusnya, sumbangan ibubapa.
ReplyDelete