Balik-balik ammi cerita pasal ketaksuban budak ni dengan team pilihannya kan.  Layan jelah ek korang.  Kita tengok sampai bila dia setia.

Hari Jumaat lepas ammi work from home (worklah sangatkan).  Pagi ammi ke klinik gigi dengan Alip.  Then buatlah hal sendiri kat rumah.

Ammi ni taktau pun malam ni ada game Manchester United vs Chelsea.  No wonderlah si bujang kecik ni dari pagi dah pakai baju MU (masa kitorang gi clinic).  Siap tolong ammi vacuum rumah dan macam-macam lagi sebab nak main phone.


Malam lepas maghrib sebelum dia nak gi ngaji tu dia cakap "ammi pinjam phone sekejap, alip nak video baba".  Tau-tau dia "provoke" baba dia rupanya sebab babanya sefamily fan Chelsea.  


Dah baba dia pun tak senang duduk.  Gitulah bila ko ada pakcik yang kuat menyakat, anak buah ngan pakcik sama je naiknya.  Babah pun buat juga video balas balik.





Tiba kat dia...tetiba dia REDHO.

Abah bangun lebih kurang pukul 5 lebih pagi tengok Alip tengah tengok bola.  Perghhhh dia boleh set jam bangun sendiri uooollls.  Gigih ke tak agaknya tu?  Tapi katanya dia bangun masa minum ke 70.  Dia kata dia dengar macam bunyi masa tidur tapi dia ignore, rupanya itu bunyi alarm dia.





Mak dia pun taknak kalah sakat anak.  Tak mandi pagi tu kami terus gi sarapan, masih dengan baju Manchester dia.  


Babah siap VC dia lagi masa kat kedai.  Dan balik, bila dah dapat pegang phone, hahahha terus balas gini.  

Nak tengok bola gigih kunci jam bagai, lepas ni nak suruh dia kunci jam kejut ammi sahur pulak.  Kita tengok camna perginya.