Pung Pang Jerebu

Hari Khamis minggu lepas bacaan IPU di merata tempat memang tinggi.  Negeri Sembilan dan Melaka dah umumkan penutupan sekolah-sekolah.  Tapi yang di Melaka tu tak tau pun lagi perlu diambil ke tidak anak-anak tu.

Tunggu sampai jam 10 lebih malam masih belum ada info dari pihak sekolah.  Ammi pun tidur jelah, kejap tu sayup-sayup je dengar abah bercakap kat telefon.  Khilfi call kata sekolah ditutup dan semua wajib balik.  Auchhh.

Bangun Subuh tu, ammi tengok di group Telegram batch Khilfi parents di Lembah Klang dok arrangekan bus sampai ke pukul 2 pagi.  Tahniah parents...anda hebat.  Yelah, last minute camni bukan semua syarikat ada boss "baik" macam boss saya.  Ahakss.


Keadaan di MOZAC pagi hari Jumaat (9/10/2026).  Pagi tu dalam jam 9 lebih sebab memang pukul 9 baru anak-anak dibenarkan balik.  Ini jerebu + kabus kot sebab MOZAC kan diamnya nun tinggi di atas bukit.  Khilfi kata pagi masa dorang nak solat Subuh, memang macam berasap je laluan ke surau tu.


Kami sampai di Melaka jam 10 pagi, dah nampak kurang sikit jerebu + kabus tu.  Tapi jam pulak masa nak turun tu.  Memang kereta jam dari atas tau...nampak tak blok asrama kat atas tu.  Haaaa, sepanjang-panjang melingkar bukit MOZAC ni penuh kereta berbaris.  Puncanya?  Traffic light kat bawah sekolah ni.  

Balik berPDPR kali ni memang dalam keadaan yang TIADA KEPASTIAN sampai bila.  Semuanya bergantung pada bacaan IPU semasa.  Mujur juga batch Khilfi baru je dapat Chromebook.  Batch pertama dalam sekolah yang dibekalkan dengan chromebook ni.  Jadi senanglah nak berPDPR dirumah.  


Inilah chromebook Khilfi.  Bukan baru, cuma yang refurbished tapi elok je spec tu ammi tengok. Spec yang sesuai dengan budak sekolah.  Terlebih-lebih specnya nanti ada juga anak-anak download macam-macam games dalam tu. Harganya cuma RM250 je dan boleh dibayar secara 5 kali ansuran.  Murahkan?  Tetap ada yang complain.  Ahhhh malas nak layan perangai parents terlebih expert bab computer ni.  

Gambar yang kat depan chromebook ni Khilfi yang tampal.  Bukan sedia ada kat situ.  Dengan gam selebet gitu.  Adoilah anak...cuba buat kemas-kemas sikit.


Chromebook ni tidak boleh dibawa balik ke dorm.  Memang kegunaannya hanya di blok akademik je.  Habis prep malam, sila simpan dalam locker berkunci masing-masing.  Gitulah syarat yang diberikan pihak sekolah.  Silalah ikut ye anak-anak Superisme sekalian.  

Jadi masa dia balik haritu, kita dah link kan Telegram dan WhatsApp di sini supaya mudahlah kita nak berkomunikasi.  

Hari Ahad tu sehingga jam 2.00 petang masih belum ada maklumat tentang sekolah buka ke tutup ke.  Tapi hati berkata-kata yang dia perlu dihantar pulang.  Lepas lunch, ammi lipat siapkan baju Khilfi sebab dianya tengah ada kelas Addmath online.  Sekejap tu barulah menderu-deru message, ye, mereka perlu dihantar pulang.  Sekolah bagi kelonggaran sampai jam 10.30 malam.

Ok, dalam jam 3.30pm marilah kita bergerak.  Kami perlu hantar Kyra dulu, then barulah kita ke Melaka pulak.



Tiba-tiba hari Selasa 13/10/2026 sekolah tutup lagi sekali.  Tapi mujur kali ni tak perlu dibawa balik anak-anak ni.  Dorang berPDPR di sekolah je.  Lagi pun pada ammi, sama ada disekolah, mahupun dirumah sama je kualiti udara kita.  

Jagalah diri wahai anak-anak.  Minggu depan dah nak final exam dah tu.  Sebelum hantar Khilfi ke asrama haritu ammi dah topup ubat sinus dia.  Semoga tak tersumbatlah hidung dia ni.

Oh angin, bawalah jerebu ini jauh daripada kami.

12 comments

  1. Nasib baik ye ammi, kalau tidak mahu pergi pick up semula anak balik....
    Ya Allah..bilalah jerebu ni nak nyah dari bumi malaysia ni...

    ReplyDelete
  2. Tak boleh bayangkan la anak2 yg duduk negeri2 jauh macam Pantai Timur atau Utara. Kesian parents nak ulang-alik hantar balik ke asrama. Belum lagi yg datang dari Sabah / Sarawak, sebab adik sepupu saya dulu dpt MRSM di Perak. Anak2 yg kurang berkemampuan mana pulak parents dieorg nak cari duit tambang balik secara unplanned ni sbb semua wajib balik huhu. Nasib baik boleh ber PDPR di sekolah. Eh, kalau di sekolah masih kira PDPR ke Ammi?

    ReplyDelete
  3. Bergelut juga ya bila keadaan tak menentu macam ni, sekejap buka sekejap tutup. Baguslah ada kemudahan Chromebook tu, sekurang-kurangnya senang sikit nak buat PdPR. Semoga dipermudahkan urusan ulang-alik ke Melaka dan semoga Khilfi cemerlang dalam final exam nanti. Aamiin!

    ReplyDelete
  4. Dekat rumah ni gilir-gilir anak guna phone maknya. Laptop semua kakak-kakak dah ambil bawak balik asrama. Susah juga nak PdPR. Cepat lah jerebu hilang, lebih suka anak-anak pergi sekolah.

    ReplyDelete
  5. hassle jugak kalau nak kena amik antar anak2 yg dok asrama ni sbb jerebu ni pun on off kdg2 tinggi betul bacaan AQI nya...hari ni mcm dh reda sikit..esok lom tahu lg

    ReplyDelete
  6. Sama la dgn kes Angah & Kakak. Pukul 11 mlm macam tu kk keluar memo suruh ambil anak² esok paginya. Berdesup Walid dia keluar rumah sblm Subuh 🤭
    Ahad tu pulak pukul 3 ptg camtu baru keluar arahan balik semula ke asrama
    Begitulah.

    ReplyDelete
  7. Semoga jerebu ini cepat2 lah menjauh.

    ReplyDelete
  8. chaotic schedule parent kerja nak ambil-hantar kiddos. tapi, begitulah jika tinggal di asrama.
    daktiga ni pdpr semuanya ke gua, tahu2 habis waktu sekolah. maleh den~

    ReplyDelete
  9. Semoga yang baik² saja untuk anak²..
    Tc juga ye Ammi..

    yang complain tu, parents yang berkemampuan untuk beli lebih baik dari yang dapat tu kot.

    ReplyDelete
  10. Ingatkan yang duk asrama stay je kat asrama rupanya parents kena ambil juga.

    ReplyDelete
  11. Kadang waktu pagi susah nak bezakan jerebu ke kabus.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, sekarang jerebu dah beransur pulih

    ReplyDelete