Ini scheduled entry sebab pagi ni seawal jam 6 pagi ammi dah admit di hospital untuk buat prosedur. Nantilah ammi story prosedur apa ye. Harapnya bolehlah keluar pada hari yang sama juga sebab gitulah yang doctor kata by 3pm gitu boleh keluar.
Cuma ammi risau kejadian tahun 2020 berlaku lagi. Masa ammi buat prosedur RFA jantung di Hospital Serdang pun patutnya masuk bilik bedah awal pagi dan by 4pm dah boleh discharge macam 3 lagi rakan-rakan sebilik bedah yang lain. Tapi ammi sorang tersidai kat ward sampai keesokan hari sebab tempat tebuk nak masuk camera dan wayar di kedua-dua pangkal peha tu bleeding. Hmmmm.
Tebukan dipangkal peha tu lebih kecil dari size pensil tapi tak bagi kerjasama betul badan ammi. Sibuk betul nak berdarah. Ini keadaaan lepas ammi turun katil pastu dipaksa naik katil semula. Auchhhh kita nak shishi ni nurse.
Perasan ada bleeding pun sebab masa nak turun katil konon nak ke toilet ehhhh menitik pulak darah atas lantai. Itu pun nurse yang lalu yang perasan. Terus nurse suruh naik katil balik dan dia kata "saya bawakan pampers dan baju baru untuk Puan". Gambar kesan darah atas lantai lepas cleaner lap darah tu guna tissue sebelum dia pergi ambil mop. Ishhhh tak best betul pengalaman shishi guna diapers ni tau...
Harap kalini oklah ye.
Ini kisah hari Jumaat minggu lepas haritu. Lepas keluar dari bilik mandi ammi on lampu baru nampak dimana Popia Nasuha ni tidur. Warna dia pun seakan-akan cabinet ni jadi memang ammi tak perasan pun sebelum buka lampu.
Kat atas modem dan router ni juga dia nak tidur. Tidur siap tampung kepala kat tangan gitu. Boleh cari port lain panas yang lain tak?
Bila kita panggil dia suruh turun, eh dia buat muka dan suara marah pulak. Nak kena sekeh agaknya budak muka penyek ni?
Selamat bekerja uolls.
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments