Ada juga akhirnya

Dari dulu blog ammi tak pernah ada top commentator widget.  Ammi pun taktaulah apa yang tak kena dengan setting blog ammi.  Eh kita jealous ok bila blog orang lain ada blog kita tak ada.

Sebelum tukar template baru ni, bila ammi cuba masukkan widget katanya "your blog does not support third party widget".  Pernah juga minta chatGPT buatkan tapi payah betul nak dapatkan macam apa yang ammi nak.  Setahun punya komen terus dia letak walaupun kita suruh dia buat by month.

Tiba-tiba pagi tadi memandangkan ammi agak free (boss ammi ke negara jiran di selatan hingga esok atas urusan kerja) jadi marilah kita godek sekejap blog ni.  Kita bagi tugasan kat chatgpt.  Dalam hati macam, kalau ada rezeki adalah.  Kalau tak ada, nak buat macam mana,  saya akan terus berblog. 

Bincang punya bincang, kawtim punya kawtim dengan chatGPT buddy, akhirnya yeayyyy blog ammi pun dah ada widget ini. 

Auwww...bangga saya walaupun lambat.  Tulah orang kata slowly but surely.  Ahaks.


Tapi ini baru hari pertama di bulan Oktober setakat jam 10 pagi.  Kita tengoklah macam mana perginya sepanjang Oktober ni.  Dia jadi Oktober yang indah ataupun Tragedi Oktober.

1 comment

  1. Tahniah Ammi. Haritu saya pun mintak tolong Kak Retna jugak sbb bila try buat sendiri pun ada error kod tu tak dapat generate.

    Ammi boleh share tak kod utk live visitor tu? Nak tau brp org tgh online kat blog kita real-time. TQ 😄

    ReplyDelete