Disebabkan misi pencarian kipas di Expo gagal, jadi kita pun pergilah early lunch sebelum hantar Kyra balik ke KMNS. Kalau nak hantar Kyra memang biasanya kita perlu stock up barang makanan dia. Kita ke Econsave di Kuala Pilah jelah nanti.
Ammi tak bergambar dengan anak dara ni pun dia balik kali ni. Yang ada pun sekeping ni jelah gambar nak review baju yang ammi belikan untuk dia. Gigih anak dara ni hantar link TikTok kat ammi pastu cakap "cantiknya baju ni". Dia jarang share link baju, kalau dia share maknanya dia sukalah tu.
Korang selalu review tak lepas beli barang kat TikTok or Shopee? Ammi suka review kalau beli di TikTok sebab nanti dapat 80sen untuk setiap review tu. Oklah tu, for next purchase boleh guna duit yang terkumpul. Setakat ni ammi ada nearly RM30 duit hasil review campur duit "daily check-in". Tapi di TikTok duit ni tak boleh digunakan sekali harung. Tiap kali purchase ada certain amount jelah yang boleh ditolak. Ikut pada harga barang yang kita beli juga rasanya. Kalau kat Shopee boleh je guna habiskan sekali harung.
Ketinggian dia dalam 166cm jadi eloklah pakai baju tu. Kalau ammi yang pakai dengan ketinggian kurang 11cm daripada Kyra ni, dan dengan kelebaran yang ada, entah apalah jadi nanti.
Ni yang model tu pakai...lawakan?
Masa on the way nak ke KMNS tu memang tengok jalan menghala balik ke Seremban memang agak slow je trafiknya. Selalu gitu tau, bukan ada apa-apa pun kat depan tu, tapi mungkin sebab jalan satu lorong je kot.
Sebab boleh tahan lama juga kami bergerak manja atas jalan raya lepas hantar Kyra, jadi tiba-tiba tekak rasa nak makan cendol. Kalau jalan lancar tadi mungkin ammi tak terjebak dengan "kegatalan tekak" ni.
Takkan mencendol je, abah orderlah mi kari
Ammi pulak orderlah rojak mi ayam. RM10 harganya. Ammi kongsi dengan Alip tapi hujung-hujung paksa gak abah makan sebab ammi dah tak larat nak habiskan.
Sampai Seremban, singgah beli barang salad dan macam biasa ammi siapkan ammi punya salad prep untuk seminggu, iron baju sekolah Alip dan satu dua pasang baju kerja ammi. Sampai ke malam kami bertiga tak lapar. Makanya tiada aktiviti makan malam hari Ahad tu.
Begitulah hari Ahad kami.
September dah pun melabuhkan tirai. 22 tahun lepas Green Day ada berpesan, "wake me up when September ends". Ada ke sesapa kejutkan dia?
.png)
0 comments