Gadget baru

Kalau gamers gadget dia dah tentulah barang-barang berkaitan dengan game.  Tapi untuk orang perempuan barang dapurlah gadget kita.  Walaupun ammi ni bukanlah hari-hari masuk dapur tapi ehhhh tetaplah nak juga.

Bahaya ada online shopping platform ni adalah laju je tangan tu nak add barang masuk cart.  Daripada dulu sebenarnya berminat nak pakai stainless steel macam mak-mak kita dulu tapi dulu goreng telur mata pun boleh hangit uolls (sekarang pun ada masa hangit juga)...ahaks.

Tapi sebab harganya tak mahal sangat ammi cubalah beli satu.  Sekali bila sampai uihhhh boleh tahan beratnya kotak si cantik manis ni.  Dahlah berkilat je.


Lepas hampir seminggu juga baru ammi mula guna sebab ada instruction dalam kotak tu kata kena "season" dulu pan ni sebelum digunakan supaya tak melekat bila masak nanti.  

Senang je nak season tapi saya kurang kesabaran uolls.  Caranya oles je pan ni dengan minyak guna tisu, pastu layurkan je atas api kecil kesemua bahagian pan tu secara rata.  Kiranya bukan letak je pan tu atas stove, kena pusing-pusingkan perlahan-lahan.

Yes, dah hampir 2 bulan ammi guna dan best korang.  Ammi selalu grill ayam ammi dalam ni.  Letak minyak sikit je, sikit yang memang sikit tau setakat 1 sudu makan gitu.  Ratakan minyak tu pastu letak je ayam dan TIDAK MELEKAT LANGSUNG.  Nice.

Teringin nak beli ada satu periuk stainless steel yang jenis bulat tu.  Macam comel je dan macam kalau masak sambal ke apa tak merecik keluar.  Macamlahhhhh...taktaulah kalau sendiri guna macam mana perginya nanti.

12 comments

  1. Kuali periuk belanga masaki semua best.

    ReplyDelete
  2. Kekekeke padahal banyak jee periuk lain kann, ngada nak juga beli kann hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Gadget baru mesti bersemangat masak, kan?

    ReplyDelete
  4. Kita suka tengok stainless steel tu, berkilat.. berkilau je... Hahaha

    ReplyDelete
  5. Samaaalah kak. Panci stainless macam tuh saya teringin nak beli. Yg size kecil juga buat dadar telur 😄. Tapi memang stainless dan iron cast rata2 harus di seasoning kan sebalik pakai supaya tak melekit. Itu yang harus sabar 😄

    ReplyDelete
  6. Mintak2 la aunty tak terbaca posting ni.... dia pun suka gajet ni....

    ReplyDelete
  7. Stainless steel pan mmg aesthetic dan tahan lama! Seronoknya bila dapat kuali berkilat gini. Ammi seasoning dulu tak sebelum guna? Mana tau nanti telur mata tak melekat langsung hihi.

    ReplyDelete
  8. Wowww... berkilat.
    Akk ada niat nak beli tapi mikirkan nak menyimpan yang lama, tu jadi tertangguh je.

    ReplyDelete
  9. Eh..eh...dia ni meracun plak ye...

    ReplyDelete
  10. saya tak sabar nak attend event end of this month sbb may be ada rezeki utk dptkan kuali2 baru (bila dh abih event baru boleh citer)...lagi 2 minggu laaa roughly eventnya tu

    ReplyDelete