Hari Jumaat minggu lepas (23.10.2026) ammi work from home macam biasa tapi situasi kerja di rumah haritu berbeza. Ammi on laptop agak awal, dalam 7.30 gitu, on je laptop login ke sistem Mahkamah terus menggigil tangan ammi. Tapi mujur juga dalam lebih kurang pukul 11.40 pagi masalah dapat diselesaikan. Lega weiiiiii.
Inilah hari yang ammi rasa work from home ammi sangat produktif sebab sampai hampir ke pukul 4 petang ammi bekerja. Ada je benda one after another.
Petang sikit Along ammi whatsapp kata dak Awish nak main dengan abang Alip. Adik ipar ammi berkursus di Melaka jadi hari Khamis dia dah tinggalkan anaknya dengan Along.
Malam tu kami makan di luar jelah. Sebelum kami keluar tu Awish cakap "Ammi, Awish nak makan nasi tolo buleh?"... hahahaha...lapar rupanya budak kecik ni. Ammi bawakkan biskutlah sepeket buat alas perut. Tapi taknak pulak.
"Awish nak duduk Abah", katanya. Silakan.
Ammi duduk dengan abang banyak bulu ni... kalau korang zoom, boleh nampak kat lengan dia tu berbulu-bulu? Lain macam
penangan kenan ni. Kisahnya, masa ammi pregnantkan Alip dulu, kat kedai runcit mamak bawak rumah ada sorang
budak Malbari yang jaga kedai tu dan sangatlah handsome. Putih melepak orangnya. Ammi pulak setiap hari kena tengok muka dia, kalau tak rasa tak lengkap je hidup. Sudahnya, tak dapat tang muka dan warna kulit, dapat tang lengan berbulu je.
.png)
Ammi orderkan Awish Classic nasi goreng cina
Dia nampak je nasi goreng dia terus tanya "ini Awish punya ke?"... ye awaklah yang punya. Silalah makan. Pandai dia makan, Alhamdulillah.
Ammi dan Alip makan lauk ala carte. Ammi ni sebenarnya nak makan
kuey tiow goreng chinese style tapi semua menu kuey tiow dah takde. Kehabisan kuey tiowlah kot. Terpaksalah makan nasi.
.png)
Puncanya ini. Alip nak sangat makan fish fillet with tangy spicy sauce ni. Haritu dia pernah makan dengan abah, dan dia teringat-ingat lauk ni.
Lebih kurang ginilah harganya. Abah kata masa bayar tu ada discount RM5 sebab jadi ahli.
Awish order air bandung tapi kedai ni takde air bandung. So, ammi pun gula-gulakan dia, orderlah air tembikai. Bila cakap dengan dia ni air bandung, dia macam ok, tapi lepas minum dia cakap ni "air bandung asham". Tapi ammi tengok asham, asham pun elok je dia hisap straw tu.
Sebelum balik orderlah dulu kopi. Ammi order 2 cup hot coffee sebab bukan nak minum kopi memalam ni pun...ammi nak masukkan dalam fridge, esok masa kemas-kemas rumah baru nak minum. Amacam? Ok tak idea ni? Kalau beli yang sejuk nanti ice dia mencair dah tak sedap.
Ammi order dynamic duo ni...beli 2 cup cuma RM13.90 je. Murah wei. Cup pertama memang wajib ambil Americano, cup kedua boleh pilih apa-apa jenis latte. Cumanya patut tak beli
Kenangan Latte tu kot... walaupun dah minta less sugar tapi tetap manis ditekak ammi.
Terhuyung-hayang abang melayan dak Awish ni. Berat Awish ni lagi 3-4 kilo dah nak sama dengan berat abang. Abang ni yang sebenarnya underweight. Ammi pun taktau macam mana nak naikkan berat Alip...makan boleh tahan dia ni. Pagi petang siang malam kalau boleh nak nasi. Kadang-kadang kalau kena dengan selera dia nak-nak kari, 2x juga dia tambah nasi.
0 comments