Jumaat lepas Alhamdulillah selepas hampir sebulan kami kembali berlima. Balik tu memang makan di kedai jelah sebab abah pun memang tak masak. Ammi makan di kedai abang sepupu dan isteri dia cakap "ehhh apsal ko gi keje lak harini? selalu bukan hari Jumaat ko jadi boss ke kat rumah?". Hahahha jadi boss katanya.
Hari Sabtu pagi ammi ke dapur konon nak buat spagethi atau macaroni, ehhhh dah takde stok rupanya kat rumah. Erkkk. Jadi kita keluarkan tepung jelah.
Buat adunan lempeng pastu minta Khilfi tolong melempeng. Ammi nak buat sambal sardin buat cicah. Ada yang hangit to the max sebab member kalau berborak tangan tak jalan dah.
.png)
Buat sambal sardin bodoh-bodoh je.
Pukul 10 Kyra ada kelas memandu. Gigi dia pun tengah sakit tu, tak boleh nak mengunyah sangat.
Tengahari ammi masuk dapur awallah sikit sebab makan lempeng je pagi tu confirm lapar memasing. Ammi masak apa yang ada dalam fridge je sebab abah tak ke pasar. Defrost daging tu, haritu ammi baca dalam blog SK kata kalau nak cepat lembutkan ayam letak garam kasar masa merendam. Ammi takde garam kasar, ammi letak je garam bukit dalam rendaman daging tu. Oklah, cepat juga di lembut sikit.
Tapi daging memang ammi suka potong masa dia keras sikit, elok je nanti potongannya, kalau dah lembut tu macam-macam rupa jadinya.
Buat daging masak lemak cili api pedas-pedas. Eh tersedap pulak kalini ammi buat MLCA ni. Auchhhh. Jarang berlaku ni.
Buat juga bubur untuk Kyra. Tapi ammi tau kalau bubur mesti ada sorang lagi akan akan berebut jadi ammi gunalah hampir 8 peket nasi impit (size mini tu). Tetengah masak tu baru teringat takkan bubur tu kosong je, ammi pun terjunkan jelah tulang-tulang baki ayam yang selalu ammi grill untuk salad tu. Ayam tu kejung lagi tapi ammi basuh-basuh sikit masuk je terus.
Goreng siew pak choy yang tinggal 3 pokok, habiskan segala sayur dalam fridge. Sambal sardin pagi tadi masuk baris balik diwaktu lunch. Dan begitulah rezeki lunch kami berlima di hari Sabtu.
Lepas makan mohlah kita santai buat acara bebas, lepas Asar barulah kita keluar cari jubah Alip, cari seluar slack Khilfi yang koyak sepanjang-panjang kat montot tu (masa kejadian katanya dia pakai spender warna kelabu hahahahah), macam mana dia menutup bahagian terkoyak tu entahlah. Lain kali gatal lagi buat aksi macam-macam masa cikgu ajak bergambar...tak memasal je.
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments