Bila kau kerja hari Jumaat

Saya bersiaran kembali tapi daripada rumah sebab ammi dapat MC sepanjang minggu ni.  Mula-mula plan nak masuk je office tapi hari kedua baru faham kenapa agaknya doctor bagi MC.  Ammi susah nak duduk, tak boleh duduk lelama.  Sakit bukan di tempat buat procedure tapi sakit dibahagian spinal tempat yang doktor cucuk untuk bius.

Jadi buatlah kerja daripada rumah, buat mana yang penting je sebab malas nak duduk lelama.  Rasa nak baring je.  Makan pun kalau boleh nak sambil baring je.  Ammi siap suruh Alip ambil gambar tempat kena cucuk sebab kotlah ada lebam ke apa sebab lain macam sakitnya bila duduk lelama.

****************************************************************

Dah alang-alang buka laptop sebab nak draft satu surat, saja jelah kita up satu story sekali.  Nak share story pasal last Friday.  Mementang ammi kerja Jumaat lepas jadi memang kena recordlah apa yang berlaku.  Benda jarang berlakukan.  Ahaks.

Kisahnya sejak pukul 3 petang hujan dah turun dengan lebatnya.  Helloooo Jumaat kalau hujan memang bersidailah kereta atas jalanraya nanti.


Ammi dok cuba book grab tapi tak dapat.  Yelah hujan lebatkan.  Harga pun boleh tahan.  Biasanya dalam RM7.30 - RM9.30 je, tapi haritu mencanak naik sampai RM28.30.  Huhuhu.  Tapi terpaksalah daripada ko tersidai kat office sampai pukul berapa ntahkan.

Ada juga rasa macam nak buka je payung pastu jalan kaki ke bus stop, konon nak jimat duit, tapi bila fikir balik, confirm bus pun akan sangkut kat jem jadi kita tetapkan keputusan.  Naik je grab.


Selepas beberapa kali sistem buat cubaan mencari driver.  Akhirnya ada yang sudi nak hantar saya balik.  Yessss.


Tapi dah murah sikitlah harga grab daripada awalnya dalam RM28 gitu.  Ehhh dekat je tau perjalanan ni lebih kurang 4km++ je gitu.


Dah sampai MRT Station, kita snap apa rupa dibawah, tu diaaaa, mujur ammi buat pilihan yang tepat untuk naik grab walaupun sekian mahal harganya.  Kalau ammi pilih untuk naik bus mungkin pukul 6 petang pun ammi tak sampai lagi disini sebab jam ni bukan biashe-biashe.

Ammi sampai Seremban 20 minit lepas azan Maghrib. 

0 comments