Hari Isnin minggu lepas (12/10/2026) sekolah Alip dah mula UASA. Apa itu UASA? Bagi kengkawan yang dah tak ada anak-anak yang masih bersekolah, UASA itu adalah Ujian Akhir Sesi Akademik. Time kita dulu senang cerita Peperiksaan Akhir Tahunlah.
Hari pertama periksa, ammi dah cutikan Alip. Bukan sebab jerebu tapi sebab dia perlu ambil ujian PKSK. PKSK pula ialah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Pihak sekolah memang awal-awal dah bagi kelonggaran untuk tak perlu hadir sekiranya ada pertembungan dengan PKSK dan paper tertentu boleh diambil kemudian provided that kita kena bagi bukti salinan slip menduduki PKSK kat guru kelas.
PKSK Alip ni di sesi 3, sebelah petang sebenarnya (mula mendaftar jam 1.30 petang), tapi dah alang-alang sekolah benarkan untuk tak hadir, ammi cutikan je sebab kalau tidak karang jenuh pulak nak terkejar-kejar. Nak bergaduh dengan trafik light, nak lunch, nak solat semuakan.
Hari Isnin tu juga ammi baru 1st day masuk office setelah seminggu MC di rumah. Maafkan ammi wahai anak bongsu sebab tak dapat temankan awak. Kiranya adillah untuk semua ketiga-tiga anak. Ammi memang tak hantar dorang untuk PKSK mahupun UKKM dulu. Memang semua hero keluarga yang settlekan. Thank you our hero, our Imam!
Alip pilih untuk ambil ujian PKSK di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER). Bila yang bawak tu abahnya, makanya takdelah dia heboh "rambut sikat buat line tepi", ambil gambar berlatar belakangkan tong sampah pun ok. Ahaks.
Awal dulu masa dia di darjah 4 dan 5 dia sibuk aim nak masuk SASER sebab SASER paling dekat dengan rumah. 5 minit je uolls. Tapi tup-tup masa isi permohonan dia kata taknak SASER sebab dia takut. Takut sebab katanya SASER sekolah hebat lagipun itu sekolah semua budak lelaki. Nanti jadi macam High Council macam mana? Hahahha tulah tengok lagi cerita camtu, dah tak memasal takut.
Kita simpan sini jelah kenangan menduduki PKSK buat anak yang bongsu ini. Ammi taktaulah apa harapannya sebab bila ammi balik kerja ammi tanya dia
Ammi: What question did you choose for essay?
Alip: Something with punca ketagihan gadget...
Ammi: Ohhhh bestlah, kita dah study topic tu. Alip letak points apa?
Alip: kesan pada kesihatan fizikal (contoh jadi rabun, sakit kepala), pastu kurang kemahiran sosial, pastu..
Ammi: Wait, Alip dapat soalan punca ke kesan?
Alip: Punca.
Ammi: Punca tu apa Alip?
Alip: Punca tu macam kesanlah... apa terjadi.
Ohhhh myyyyyyyy son.
Ok, ammi diam je dan angguk kepala sebab benda dah jadi. Damaged has been done. Kita jangan rosakkan mood UASA dia. Tapi jauh dalam hati ammi macam... ohhhhh kenapa dia salah jawab. Salah jawab sebab entahlah dia takkan dia taktau maksud punca. Rasa few times juga ammi study dengan dia soalan yang melibatkan perkataan "punca" ni.
Tapi kan malam tu ammi explain juga kat dia yang punca itu bukan kesan. Punca adalah sebab. 2 perkara yang berbeza. Sebab risaulah pulak kot-kot soalan paper BM UASA nanti ada perkataan punca dia confident ingat punca adalah kesan.
Macam mana dia boleh keliru? Entahlah.
Kalau ada rezeki untuk anak bongsu ini, adalah. Kalau tiada tempat untuk dia ke SBP macam kakak dan abang, kami redha. Mungkin dialah peneman kami dirumah sehingga usianya 17 tahun. Tapi tetaplah juga berdoa supaya pemeriksa tu pun confuse antara punca dan kesan. Ahakss. Jahat tak doa gini?
Ini antara soalan artikulasi penulisan untuk hari pertama PKSK. Setakat ni ammi tengok setiap hari set soalannya berbeza. Tapi boleh tahan jugalah soalan dia untuk murid tahun 6 kan.
Naim Daniel ada cakap dalam lagunya "berlarilah kemana pun, jika kau milikku, kau milikku".

.png)
.png)
0 comments