Tengok kat gallery google photos ada gambar makanan ini. Ini bermaksud belumlah lagi masuk berkawad dalam blog yang sendu ini.
Lihat pada tarikh, inilah makanan yang ammi makan masa ammi MC lepas buat minor prosedur di hospital tu.
Hari Selasa, sehari selepas prosedur abah kena bekerja. Memula tu ammi plan nak lunch makan wrap je sebab ammi malas nak masak plus belakang ammi sakitkan kalau bongkok-bongkok. First solat ammi lepas procedur tu uihhh terkejut ammi masa nak rukuk tu sebab tak boleh rukuk dengan betul. Jadinya solat seterusnya ammi duduklah bila rukuk dan sujud.
Tapi fikirkan nanti Alip balik sekolah nak makan, jadi ammi defrost jelah ayam cecepat. Kita guna teknik dan tips yang SK bagi dalam blog dia haritu. Rendam daging/ayam bersama garam kasar. Menjadi uolls...plus ammi rendam dalam besen stainless steel tu kan..lagi cepat dia lembut.
Masak manja-manja namanya ni. Kita buat sup je sonang. Bahan tumbuk tu pun ammi tak tumbuk dalam batu tumbuk, ammi ambil anak lesung tu ammi katuk-katuk je atas papan potong. Sebab ammi risau pulak nak angkat benda berat-berat.
Dengan menggunakan
pes sambal cili padi, ammi pecahkan je telur supaya adalah benda pedas-pedas sikit nak lawan dengan sup ayam tu.
Sayur, makan jelah apa yang ada. Tak payah nak tumis goreng bagai, ko basuh pastu letak je atas meja. Siap.
Ni pulak sarapan ammi hari Rabu / Khamis pagi. Roti tu adik ipar ammi bagi. Dia balik dari Xinjiang dan dia bagi satu keping roti ni. Roti ni besar tau. Besar dia macam size pizza yang large tu dan dia keras. Makan cicah dengan baki masak lemak cili api daging.
Adik ipar bagi roti ni masa raya haji kalau tak silap, jadi ammi simpan dalam chiller tu, nak makan ammi potong dan masukkan dalam microwave or air fryer. Sebab microwave ammi tengah mogok taknak pusing platenya, jadi ammi letak je dalam airfryer, pastu terhangit. Ahahahha padan muka ko.
Itu jelah gambar makanan masa MC yang ada dalam handphone ammi.
Eh ada satu lagi rupanya.
Gambar sarapan pagi di hari Jumaat sebelum kami gerak untuk jemput Khilfi di sekolahnya pagi tu. Ni masa kes banyak sekolah diarahkan tutup tu. Ammi buat mi sup bodoh-bodoh je sebab nak cepat dan malas nak cari tempat sarapan diluar.
Dah hari bekerja, ammi jarang bersarapan di office. Cukup sekadar minum segelas black coffee without sugar atau ammi buat segelas
meal replacement dari
kitsui tu. Tapi kan perut ammi ni macam tak bekerjasama dengan meal replacement ni. Takde efeknya uolls. Ammi minum meal replacement tetap ammi lapar beriya. Lagi lapar lepas ambil dia. Baik ammi minum je black coffee without sugar tu. Tapi dah beli sekotak, kita habiskan jelah.
0 comments