Pepagi Khamis minggu lepas, ammi terima satu WhatsApp message daripada Shopee Express kata ada delivery. Ammi ni ingatkan itu scam sebab ammi memang dah lama tak membeli apa-apa di Shopee. Ammi ignore jelah message tu.
Lebih kurang jam 9.40 pagi, dapat satu lagi notification kata parcel delivered. Ammi ignore sekali lagi sebab ahhh lantaklah. Ammi tak order apa-apa pun.
Balik rumah, tengok atas meja kopi ada parcel dan hahahahhaha ini bukan scam uollsss...ini benaran.
Ammi terima dah hadiah daripada Shu rupanya. Alhamdullillah, Wheel of Names tak jemu-jemu pilih nama ammi sebagai pemenang bertuah Luck Draw Pencarian Bloglist 2026 di blog Shuhaida Saad.
Buka je sampul plastik nampak kotak Kekaboo...alamak dalam hati macam "Kekaboo ni jenama tudungkan?". Suspen ni sebab ammi mana pandai pakai tudung bawal ni. Teringin nak pakai tapi tak reti. Pernahlah pakai tudung bawal tapi macam tak senang duduk jadinya sebab salah cara pakai kot.
Ada kad ucapan juga.
Oh yeahhh..confirm ada 2 helai tudung bawal.
Tapi orang dah memberi kita mesti merasa. Nanti ammi akan "paksa" anak dara ammi atau anak-anak buah untuk pakaikan ammi tudung ni. Semoga hadiah ini jadi sumber inspirasi untuk ammi belajar pakai tudung bawal. Hidup nak senangggggg je si Sharmila ni. Tu yang dia sauk je tudung syria hari-hari. Ahaks.
Terima kasih bebanyak ye Shu. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki kamu dan dipermudahkan segala urusan kamu dan keluarga.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments