Assalamualaikum semua.
Saya bersiaran di malam hari, hari ni. Alhamdulillah masih hidup cuma kerajinan itu tiada. Seronok betul santai di rumah 4 hari dari Jumaat - Isnin. Berlemak dah si Sharmila ni.
Minggu ni minggu yang agak mendebarkan untuk abah & ammi. Ketiga-tiga anak kami akan menduduki peperiksaan. Kyra dengan MUETnya minggu ni, minggu depan bermula Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dari hari Isnin hingga Khamis. Ammi tau anak sulung ammi struggle belajar kerana syllabus di Matriks sangatlah laju, tapi kakak, as I always said, kejayaan tidak akan datang bergolek.
Insyaallah 6 November nanti kami dah boleh jemput puteri kami untuk cuti semester selama 10 hari.
Khilfi pula baru bermula dengan UASAnya hari ini. Tahun ni semangat guru-guru, SARANA sebelum peperiksaan lain macam sikit. Terasa vibe macam masa Kyra nak ambil SPM dulu.
Pagi tadi Cikgu Miki, guru Penyelaras batch
Superisme upload video anak-anak sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Tahun ni anak-anak Form 4 ambil peperiksaan di dalam dewan besar. Ambil feel nak SPM tahun depan kot.
Sebak rasanya bila mereka mulakan perjuangan pagi ini dengan laungan doa Wahdah. Doa Wahdah ni entahlah kenapa tiap kali kalau anak-anak nak menduduki peperiksaan baca ammi yang rasa meremangnya. Diikuti dengan azan dan doa. Yang lebih sebak walaupun pada awalnya tak nampak muka yang laungkan azan, tapi suara itu sangat dekat dihati, sangat ammi kenal.
Suara anak lanang nutellah ammi. Terus save video ni.
Kedudukan mereka tak taulah disusun mengikut macam mana. Mungkin ikut kelas kot dan kemudian ikut abjad nama.
Selamat berjuang juga anak bongsu ammi. Tahun ini tahun terakhir kamu di sekolah rendah, tahun terakhir kamu pakai seluar warna biru pekat.
Semoga anak-anak dapat memahami soalan dengan baik, dapat ilham untuk cari jawapan yang betul dan lancar semasa menulis.
Gud luck utk kedua nyaaa.... semoga apa yg dibelajar , dpat dijawab dengan tenang dan yakin
ReplyDelete