Hari Sabtu (17.10.2026) kami lunch makan baki lauk hari Jumaat sebab petang Jumaat tu kami ke pasar malam di Sendayan lepas teracun tengok posting kak SA. Tapi boleh tak sekeping gambar pun takde ko teruja tengok pasar malam yang panjang. Lama weiiiii tak tengok pasar malam gini. Selalunya yang kat area rumah ammi tu macam rompong-rompong je gerainya.
Kami belilah sayur sikit, sebab abah geram dengan pucuk paku yang segar bugar. Beli makan sikit-sikit dan marilah kami pulang. Sebelum maghrib dah sampai rumah. Gambar juadah yang dibeli pun takde tapi perut kami kenyang.
So, memandangkan untuk dinner hari Sabtu tu dah tak ada apa, kita makanlah diluar. Saja je kan ammi ni, kalau dah malas tu jangan dipaksa-paksa. Ahaks.
Hujan lebat masa kami keluar rumah tu, sampai di Senawang pun masih hujan lagi tapi tak selebat masa kami keluar rumah.
Kami ke D Hanee Thai Kitchen lagi sekali sebab abah rasa nak makan kueh tiow ladna, alip nak grilled chicken. Kat sini ada semua.
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments