Lauk masa MC

Tengok kat gallery google photos ada gambar makanan ini.  Ini bermaksud belumlah lagi masuk berkawad dalam blog yang sendu ini.

Lihat pada tarikh, inilah makanan yang ammi makan masa ammi MC lepas buat minor prosedur di hospital tu.

Hari Selasa, sehari selepas prosedur abah kena bekerja.  Memula tu ammi plan nak lunch makan wrap je sebab ammi malas nak masak plus belakang ammi sakitkan kalau bongkok-bongkok.  First solat ammi lepas procedur tu uihhh terkejut ammi masa nak rukuk tu sebab tak boleh rukuk dengan betul.  Jadinya solat seterusnya ammi duduklah bila rukuk dan sujud.

Tapi fikirkan nanti Alip balik sekolah nak makan, jadi ammi defrost jelah ayam cecepat.  Kita guna teknik dan tips yang SK bagi dalam blog dia haritu.  Rendam daging/ayam bersama garam kasar.  Menjadi uolls...plus ammi rendam dalam besen stainless steel tu kan..lagi cepat dia lembut.  


Masak manja-manja namanya ni.  Kita buat sup je sonang.  Bahan tumbuk tu pun ammi tak tumbuk dalam batu tumbuk, ammi ambil anak lesung tu ammi katuk-katuk je atas papan potong.  Sebab ammi risau pulak nak angkat benda berat-berat.


Dengan menggunakan pes sambal cili padi, ammi pecahkan je telur supaya adalah benda pedas-pedas sikit nak lawan dengan sup ayam tu.


Sayur, makan jelah apa yang ada.  Tak payah nak tumis goreng bagai, ko basuh pastu letak je atas meja.  Siap.


Ni pulak sarapan ammi hari Rabu / Khamis pagi.  Roti tu adik ipar ammi bagi.  Dia balik dari Xinjiang dan dia bagi satu keping roti ni.  Roti ni besar tau.  Besar dia macam size pizza yang large tu dan dia keras.  Makan cicah dengan baki masak lemak cili api daging.


Roti ni dipanggil Uyghur Flatbread.  Macam naan tapi keras.  

Adik ipar bagi roti ni masa raya haji kalau tak silap, jadi ammi simpan dalam chiller tu, nak makan ammi potong dan masukkan dalam microwave or air fryer.  Sebab microwave ammi tengah mogok taknak pusing platenya,  jadi ammi letak je dalam airfryer, pastu terhangit.  Ahahahha padan muka ko.

Itu jelah gambar makanan masa MC yang ada dalam handphone ammi.  

Eh ada satu lagi rupanya.


Gambar sarapan pagi di hari Jumaat sebelum kami gerak untuk jemput Khilfi di sekolahnya pagi tu.  Ni masa kes banyak sekolah diarahkan tutup tu.  Ammi buat mi sup bodoh-bodoh je sebab nak cepat dan malas nak cari tempat sarapan diluar.  

Dah hari bekerja, ammi jarang bersarapan di office.  Cukup sekadar minum segelas black coffee without sugar atau ammi buat segelas meal replacement dari kitsui tu.  Tapi kan perut ammi ni macam tak bekerjasama dengan meal replacement ni.  Takde efeknya uolls.  Ammi minum meal replacement tetap ammi lapar beriya.  Lagi lapar lepas ambil dia.  Baik ammi minum je black coffee without sugar tu.  Tapi dah beli sekotak, kita habiskan jelah.

16 comments

  1. Macam mana makan Uyghur Flatbread tu? nampak keras bebenor. Cicah sup daging panas-panas mungkin lembut dan sedap.

    ReplyDelete
  2. Uyghur flatbread - first time nampak, macam pizza pun ada

    ReplyDelete
  3. nape yang sup2 macam tu nampak lagi berselera. hihihi

    ReplyDelete
  4. Udah la rotinya keras, ter-rentung la pulak dlm air fryer. Jenuh gigit la Ammi ye ahak!

    ReplyDelete
  5. Baru tau tips rendam ayam / ikan beku dalam air garam utk cepat defrost. Boleh la cuba lain kali

    ReplyDelete
  6. tgh mc bole masak tu...menu sup mmg sedap utk org tk sihat

    ReplyDelete
  7. Bila badan x sihat, sup la penyemalatnya kan...

    ReplyDelete
  8. Ammi dah semakin sihat ke tu? Semoga dipermudahkan semua urusan dan kembali sihat ye. Rajin sungguh Ammi dalam pada MC tetap memasak. Salute pada Ammi. KSarie ni sihat pun malas memasak. Kalau MC lagi la ke laut dalam bab memasak ni

    ReplyDelete
  9. Masak sendiri lebih puas hati.

    ReplyDelete
  10. kalau x sihat kena sup...memang layannn

    ReplyDelete
  11. MZ pun ada beli kitsui tu ...sama mcm ammi..tak berkesan la hahahahah

    ReplyDelete
  12. Menu sihat tu..
    Tak cukup kenyang eh Kitsui meal replacement. Akak belum pernah cuba mana-mana meal replacement. Ada tengok kat FB yang makan protein dan lain-lain bahan dari Amway. Tapi kalau nengok harga Amway macam kayangan pulak.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba mana² meal replacement.. sebab selalunya memang tak berkesan la, dengan Linda jadi Vice Versa.. orang lain kenyang, boleh kurus.. kita lapar, makin naik pula.. hahaha

    ReplyDelete
  14. Langsung teringin nak buat soup ayam 😍😍. Stok bahan di dapur dah banyak habis. Jadi masak simple saja 😄.

    Roti Uyghur itu tapi menarik lah, kalau keras berarti makan dengan dicicah pada sesuatu yang berkuah ya kak?

    ReplyDelete
  15. Telur hancur versi ala-ala tumis sambal berlado .. nampak menarik niii

    ReplyDelete