Kisah si makaroni

Hari Sabtu masa ammi buat minum petang mac & cheese tu ammi rebus satu bungkus macaroni.  Memang plan asal kononnya hari Ahad pagi tu nak buat apa-apalah dengan macaroni tu untuk sarapan.  Tapi apa kami sarapan hari Ahad tu pun ammi tak ingat dah.

Jadinya lama jugalah macaroni ni duduk sejuk-sejuk menggigil dalam peti ais.  Abah memang tak retilah nak buat apa-apa kalau guna pasta ni.  

Hari Khamis masa ammi dalam bus nak balik kerja, abah WhatsApp tanya ammi nak makan apa sebab dia nak order je.  Abah tak sempat masak sebab dok layan motor Ali Dabidson dia di workshop.  Ammi tak rasa lapar lagi so otak tak boleh fikir nak makan apa.  Jadi apa kata "nanti saya buat wrap jelah".  


Ali Dabidson yang selalu orang potong kami bila di atas jalanraya sebab motor ni bukan boleh nak bawak lelaju pun.  

Sekali bila dah sampai rumah, dah mandi solat maghrib semua ehhhh laparlah pulak.  Tekak macam tak ada selera pulak nak makan wrap, rasa nak makan sesuatu yang berkuah.

Buka fridge nampak macaroni, aci tak kita jadikan dia sup?


Buat sup pun sibuk nak guna pes sambal cili padi tu sebab MALAS nak menumbuk bawang bagai.  Ehhh dulu masa ammi kecil, arwah mama selalu cakap "biar jadi bodoh, jangan jadi pemalas".  Sebab ammi sejenis yang akan jadi auto malas bila ko disuruh.  Nak ammi buat kerja, ammi akan buat sendiri dengan syarat jangan bagi arahan.  Cakap sekali je cukup, don't repeat.  Hahhahah melampau ek.  Dari kecik dah tunjuk perangai anak no. 2 tu.

Alhamdulillah, terlebih-lebih kenyang pulak.  Makan sambil lap-lap air hidung sebab pedas.  

Pagi Jumaat, ada balance macaroni tu lagi, ammi jadikan macaroni goreng pulak.


Ada baki ayam gril yang memang ammi buat untuk bawa ke ofis.  Ammi potong je cube dan masukkan dalam ni.  Letak juga capsicum yang dipotong cube kecik, pecahkan telur.  Siap.

Sepeket makaroni akhirnya menjadi 3 hidangan berbeza.  Mac & cheese, macaroni sup dan macaroni goreng.  

Maka tamatlah sudah episod macaroni dalam rumah kami.  Alhamdulillah tiada pembaziran walaupun lama betul nak perabiskan.


15 comments

  1. tamat episod macaroni maknanya kena beli stok barulah ye?

    ReplyDelete
  2. suka makaroni goreng dr makaroni sup

    ReplyDelete
  3. Oh, perangai pantang kena suruh banyak2 kali ni mmg pe'el anak no. 2 rupa2nya. Patutlah saya pun cepat rimas klu byk2 kali org remind suruh buat sesuatu 🤭 anak saya no. 2 tu pun klu remind dia buat kerja rumah byk kali boleh jadi puting-beliung di rumah ni 🤣

    ReplyDelete
  4. 1 peket 3 jenis menu? kecik benau perut uols hihi...

    ReplyDelete
  5. saya kalau beli satu paket makaroni, akan jadi satu hidangan je lah, tak pandai nak olah2 jadi bende lain

    ReplyDelete
  6. memang gitulah anak no.2 kan kak. haha

    ReplyDelete
  7. Samalah dgn nieyl, semalam xde rasa nak makan nasi...nak makan laksa..
    so, buatlah laksa ikut tekak nieyl dan sesimple betul , tapi sedap hahaha...

    ReplyDelete
  8. wah..meriah kan..alhamdulillah..semua nampak sedap2 tu and yg penting kenyang...yess

    ReplyDelete
  9. sedap la plak tgk gmbr2 hasil masakan makaroni ammi ni...kreatif laaa

    ReplyDelete
  10. Tak pernah buat kat rumah sebab semua tekak melayu...tapi nak buat gak la nanti..anak- anak mesti suka kan...

    ReplyDelete
  11. Sup tu siap bubuh daging dan cendawan.. lengkaplah satu hidangan.

    ReplyDelete
  12. Kalau banyak rencah nya.. sedap jadinya...

    ReplyDelete
  13. Sukaaa kalau macaroni dijadikan sup. Mama saya pun selalu masukkan makaroni. Bagus macam ini kak, tak apa lama habis, yang penting tak mubazir

    ReplyDelete
  14. Ehhh makaroni sup .. hehehe kreatifnya akak ..hahhh janji masuk perut sedap dan kenyang

    ReplyDelete