Dinner di Cap Badak Western

Ini kisah 11/10/2026.  Kisah kepulangan ke asrama yang tak pasti.  Hahaha.. boleh ek gitu.  

Yelah, dah pukul 2.30 petang masih belum ada keputusan sama ada perlu di hantar atau tidak anak ini pulang semula ke asrama.  Tup tup menghampiri jam 3 petang baru ada keputusannya.  Anak perlu dihantar semula tapi diberi kelonggaran boleh hantar hingga ke pukul 10.30 malam.  

Ok, marilah kita bersiap manja, load barang anak-anak asrama masuk kereta dan lebih kurang jam 3.30 petang kita gerak keluar dari rumah.  Bukan hanya perlu hantar Khilfi pulang ke sekolah tapi perlu juga hantar Kyra pulang ke Matriks Pilah.  Kita pilih untuk hantar Kyra dulu sebab kali ni Khilfi boleh dihantar hingga malam.  

Ammi taknak hantar last minute sebab kebiasaannya parents yang berada di Melaka kalau boleh lagi 5 minit waktu gate nak tutup baru semua terhegeh-hegeh nak panjat bukit.  Take advantage betul korang ek.  Mementang dekat.  Masalahnya ialah, biasanya lagi nak sampai ke penghujung masa lagi teruk jam nak naik dan turun bukit MOZAC ni.  So, kita yang jauh ni mengalahlah dengan parents yang dedekat ni.  

Kami sampai di area Durian Tunggal lebih kurang jam 6.40 petang.  Abah dari minggu lepas nak makan kat sini.  Ingatkan kedai ni tak buka, rupanya kedai buka pukul 6 petang.  Ohhhh jadi hari Ahad tu bolehlah kami makan.  Inilah akibatnya bila scroll tiktok.  Macam-macam tempat memanggil-manggil.


Makan kat sini.  Cap Badak Western.  Konsep kedai ni order guna QR.  Bukan cuma makanan western je yang ada, makanan goreng-gorengan pun ada.  


Sepanjang dari Seremban ke Kuala Pilah cuaca sangat mendung dan sedikit renyai.  Alhamdulillah, lepas je drop off Kyra dan keluar dari kawasan Matriks, barulah hujan turun dengan lebat.  Hujan waktu-waktu jerebu memang sangat-sangat kita nantikan.  

Disebabkan hujan dan sejuk, ammi order kopi o panas je.


Cap ibu dan anak.  Mementang dia tau akan sampai sekolah malam, dia pakai tracksuit hitam je.  Malas nak pakai slack sekolah sebab "membazir" katanya.  Hampir nak sampai sekolah nanti dia sarunglah baju korporatnya.



Khilfi order ayam gepuk ke ayam penyet ntahlah.  Cili tu dia tuang je atas nasi pastu gaul macam tak de perasaan.  Dia yang gaul ammi yang rasa pijar tangan.  Kejap tu dia masa tengah makan dia tanya "boleh ke nak mintak sambal lagi?".   Hoiiii


Dia kata pedasnya kurang sampai.  Ammi rasa boleh tahan pedas juga.  Tapi ikut sukalah nak oiiiii, jangan sakit perut sudah.  

Tapi Khilfi ni memang dari umur 2 tahun lebih (ke 3 tahun ntah) dah mula makan pedas.  Dia gigih makan sambal bilis petai masa dia memula makan sambal tu.  "uuuuu bedap, uuuuu bedap", katanya.  Bedap pun bedap lah (bedap tu sedap) dia makan sambal sambil sulam minum air.  Ingatkan lepas minum air dia nak surrender masa tu, tapi tidak ye....dia sambung makan.



Ammi dan Alip order grilled chicken.


Abah punya grilled chicken with butter rice.  Ammi confuse gak butter rice ke tumeric rice.  Lain maciam kuningnya.


Tak mahal pun makan di sini...sesuailah dengan rasa dan portionnya.  

Selesai makan, kami singgah solat, cari ubat sinus Khilfi dan lebih kurang jam 8.15pm kot kami sampai sekolah.  Memang sungguhlah, masih belum ramai yang sampai di sekolah.  

By 10pm lebih kurang, kami dah sampai Seremban.  Alhamdulillah.

13 comments

  1. bdk2 skarang kuat makan pedas...kalo ayam gepuk kt umah ni fav anakdara..maknya idok sbb tk leh mkn pedas..butterrice tu terang benor colornya

    ReplyDelete
  2. kat sini dah malam baru tau exam cancel untuk sekolah rendah. tertangguh sejak minggu lepas lagi baru dua hari dapat exam tangguh lagi sebab jerebu. huhu.

    oo khaira di matrik pilah ye? acha dapat sana haritu tapi last minute dia pilih nak masuk asasi

    ReplyDelete
  3. Terliur pula tengok hidangan grilled chicken dengan butter rice tu..Hebat betul Khilfi, kecil-kecil lagi dah 'expert' makan pedas tahap sambal melimpah..risau plak aunty kalau sakit perut sebab pedas sanagt tu ha

    ReplyDelete
  4. Kadang seram tengok anak remaja kita makan kan Ammi. Si Angah ni pun kalau ada kuah sambal, gaul penuh nasi. Belum rasa pedas ke tidak, gaul dulu. Aduh la

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap semua hidangan tu lagi-lagi grilled chicken dan butter rice. KSarie sekarang ni memang tidak boleh makan pedas sangat. Almaklum lah perut udah season😅 Kopi o itu pun nampak molek lagi-lagi diminum semasa sejuk hujan ni

    ReplyDelete
  6. Rare nama tempatnya. Tetiba teringat air cap badak. ha ha ha

    ReplyDelete
  7. comel jer logo gambar badak dia

    ReplyDelete
  8. scary kan tgk bebudak ni makan pedas2..risau cirit je.. ha ha ha

    ReplyDelete
  9. cute plak nama kedai mkn ni hahahah cap badak ;)

    ReplyDelete
  10. Dah senior.. boleh lah pakai track je😜

    ReplyDelete
  11. Anak² Linda tak nampak lagi yang makan pedas . Semua pedas lite² je..

    ReplyDelete
  12. Eh nampak beda muka khilfi di sini kak. Saya pikir tadi bukan khilfi 😄.

    Khilfi sama macam saya. Saya dulu diajarkan makan sambal dari usia 2 tahun sama mama 🤣. Kami orang Batak, memang penyuka pedas. Menu2 Batak rata2 pedas. Jadi pelan2 diajarkan lah, supaya sanggub makan menu Batak 😅.

    Anak2 saya cuma si sulung yang tak bisa pedas . Betul2 tak bisa.

    Si bungsu , macam saya, tak pedas, tak nikmat hahahaha

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah semua dah isi perut dah kenyang ,

    ReplyDelete