Turn melawat Khilfi pula

Hari Sabtu minggu lepas ada lawatan di sekolah Khilfi.  Minggu lepas boleh outing tapi kami ke sekolah Kyra.  Kalau ikutkan Khilfi dia macam "its ok, abah ammi takyahlah datang".  

Tengahari masa buat lunch tu ammi buat terus sambal ikan bilis kesukaan anak-anak.  Sebab Khilfi adalah hantu pulut kuning mohlah kita bawak pulut kuning ke sekolah.

Lawatan mula pukul 12.30 tapi abah kata kita sampai lepas budak-budak solat Zohor pun ok.  


Singgah jap dekat Zus dia taman sebelah sekolah Khilfi.  Voucher Mango Smoothie tu tinggal lagi 3 hari nak expired.  Alang-alang tu mohlah minum bersama-sama.


Meja pun penuh semua masa kami sampai.  Mujur ada satu keluarga tu bangun dan kami dapatlah take over meja ni pula.  Lain kali macam kena standby je set meja kermit tu dalam kereta.  

Ammi bawa pulut kuning, sambal ikan bilis, ayam goreng dan mihun goreng.  Tengah-tengah goreng ayam tu ammi macam, ehhhh apsal macam sikit je lauk.  Tengok kat almari ada 2 baki baris mihun yang dah dibuka.  Kita rendam jelah.  Mihun jenama Faiza ni cepat sikit lembutnya.  Defrost isi ayam cecepat dan marilah kita goreng mihun tanpa sayur.  Eh carrot tu kategori sayurlah kan?  Jadilah kan.


Marilah ajak kawan-kawan sekali.  Dia ajak 2 orang je.  Izzam (disebelah Khilfi) dan Thaqif (disebelah Alip).  Handsome dak Thaqif ni...muka ada vibe Zamani Slam.  Pemalu pun sama.


Ok dari angle ni barulah nampak putih suci sikit muka ammi.  Ahaksss...kalau dah mendung tu mendung jelah Sharmila.  Ringan mulut dak Izzam yang ambil gambar ni.  Bestlah layan dia borak.  Borak pasal masa depan, borak pasal tadika.  Nak jadi Food Scientist katanya.  

Izzam:  Acik, Khilfi ni suara dia sedap daripada kecik ke?
Abah:  Entah, pakcik pun tak tau suara dia sedap.  Tapi takdelah sedap mana pun.
Izzam:  Eh sedap suara dia pakcik.  Malam ni dia lead Qasidah.
Abah:  Oh ye ke.

See, abah ammi pun taktau apa aktiviti dia sangat kat sekolah.  Sejenis yang tau-tau eh dapat hadiah, tau-tau ehhhh dah siap projek.  Aduhaiii.


The one with my Sonshine.  Masa kecil lightbrown, tiba-tiba dah besar jadi Nutella pulak.  Kejap tu kawan-kawan abang bawa diri.  Dorang pun segan kot lelama.

Tetengah makan tu Kyra call dan antara ayat dia "ammi datang nanti, kakak pun nak perkara yang sama macam ammi bawak kat sekolah abang.  I miss your sambal.  Bawak sambal lebih sikit ye".  Anak-anak ammi memang semua hantu pulut kuning dan sambal ikan bilis.


Dah moh la kita lepak dalam kereta je.  Sempatlah Khilfi main game bola satu round.  Terik betul panas hari Sabtu tu.

Dalam pukul 4 petang camtu kami gerak balik sebab budak baju kuning tu heboh nak tengok match Manchester United lawan Tottenham.  Ehhhh asal gi sekolah kakak abang je memang kena ada football match ke macam mana?

Abang pun malam tu ada persembahan Qasidah sempena majlis penyampaian hadiah.  


Bye Sonshine..see you 21st nanti.  Dah tolonglah buangkan sampah ni sekali ha.  


Walaupun dah selesai UASA anak-anak Tingkatan 3 masih ada pelbagai kelas persediaan ke Tingkatan 4.  Allahhhhh dah nak masuk menengah atas dah anak lanang ammi ni.


25 dan 26 November akan ada Pentaksiran Diagnostik Akademik untuk subjek Sains & Matematik di peringkat SBP.  Harap-harap anak lanang ammi tak termasuk dalam kumpulan "dinasihatkan keluar"lah nanti.

Come on Superisme.  Go Beyond.  The Sky is the Limit!  

Post a Comment

6 Comments

  1. siap ada pulut kuning lagi. sedapnya

    ReplyDelete
  2. Tunggu voucher cake by 1 free 1 baru nak terjah Zus. Seronok la Khilfi Ammi datang bawak makanan meriah.

    ReplyDelete
  3. sedapnya pulut kuning dgn sambal ikan bilis...
    Anak anak suka la bila parent dtg visit bawa makanan.

    ReplyDelete
  4. Seronok makan ramai-ramai ni. Boleh kenal dengan kawan-kawan anak. Sedapnya, pulut kuning dan sambal ikan bilis.

    ReplyDelete
  5. seronok tengok diorang makan...ensem2 la kawan Khilfi...

    ReplyDelete