Singgah di Kodai Makan Ain

Balik daripada majlis solat hajat di Segamat, kami ikut laluan Kuala Pilah.  Lepas kali pertama lalu sini, ammi rasa ammi lebih suka ikut route ni berbanding Tampin.  Bosan weiiii kalau lalu Tampin sebab nanti itulah juga laluan kalau nak ke sekolah Khilfi.  

Dalam jam 6 petang kami dah sampai Kuala Pilah, dan abah ajak minum petang.  Dia nak merokoklah tu sebenarnya.  Selalu teringin nak tengok apa yang ada kat Kodai Makan Ain ni.  Harini kita singgahlah jap ha nengok apo yang ado.  Ammi takdelah lapar sebab baru pukul 6 plus tadi dah makan nasi, makan cendol, minum air ntah apa-apa bagai.


Bukti hadir.

Kalau datang siang ada lauk pauk kampung bagai, tapi dah pepetang ni hanya ada menu goreng-gorengan je.  Order di kaunter, nanti dia bagi pager.  Kalau berbunyi pager tu silalah pergi jemput makanan yang korang order tu.


Bersama anak bongsu teman bergaduh, tukang letak lotion kat kaki ammi memalam ganti jawatan abang dulu-dulu sebelum masuk asrama.  Tukang siapkan meja makan setiap hari.  Assistant masak nasi kalau abah memasak.  Dia claim nasi yang dia masak sedap dan lembut.


Bermula Julai 2014 kami sering berlima ke mana-mana.  Tapi since April 2021, kami kerap berempat bila kakak mula masuk asrama di tingkatan 1.  Masuk March 2023, ehhh kami tinggal bertiga je pulak sebab abang pun terima tawaran sekolah impian dia.  Itulah pengorbanan keluarga kecil kami.  Berkorban kasih sayang demi ilmu.  Untuk yang diasrama berkorban "screen time" juga.


Kami order nasi goreng daging sebab masa order tu nampaklah ada satu pinggan nasi goreng yang dah siap.  Abah cakap "nak yang macam ni 1"... siap tunjuk kat pinggan orang.  Tapi bila sampai ok tak sama pun macam pinggan orang tu.  Yang kat pinggan orang itu nampak lebih sedap.  Tapi rasanya ok je.  Bolehlah diterima walaupun tak pedas sangat pun.  Kita kongsi bertiga nasi goreng ni.

Beli nasi goreng dapat sup dan set sudu garpu je.  Lighter hijau tu tak masuk pakej.  Ahakss.  Gitulah kalau ko bersuamikan perokok tegar.


Order juga fries untuk kami ratah-ratah.  Ammi beriya cakap taknak cheese sebab ammi tengok gambar yang ada cheese yang dia curah selambak gini kat atas fries.  Rupanya kalau tak letak cheese, sos & mayo pulak dia 'tumpahkan' atas fries ni.  Aishhhhhh.  I don't like arrr.  Dah order makan jelah.

Lepas ni memang kena ingat, kalau order fries dimana-mana kena cakap awal-awal, sos asing pleaseeeeee.

Lain kali nak try datang untuk lunch pulaklah.  

Post a Comment

12 Comments

  1. memang nama kedai dan tagline purely dlm dialet nogori tu!! biso bonar hahahah

    ReplyDelete
  2. Kita nampak Kodai Makan Ain ni masa balik dari Temerloh tapi dah lambat nak bagi signal belok kanan. Agaknya macam mana la rupa nasi goreng orang lain tu ya sebab yg ni pun nampak cukup menyelerakan.

    ReplyDelete
  3. Kita nampak Kodai Makan Ain ni masa balik dari Temerloh tapi dah lambat nak bagi signal belok kanan. Agaknya macam mana la rupa nasi goreng orang lain tu ya sebab yg ni pun nampak cukup menyelerakan.

    ReplyDelete
  4. Kalau datang time lunch paneh uiiii...tapi ok je..banyak la lauk sampai x tau mana satu nak pilih...

    ReplyDelete
  5. oh tk sama plak ye dgn menu nasi org tu hehe...tp kita kalo nasi goreng suka ltk daging

    ReplyDelete
  6. semoga anak anak membesar dengan sihat ;) tak sempat nak explore n9...hehehee...nak juga rasa itik salai nogori...selalu lalu jew bila balik kampung ...lalu kat pasir besar ...dulu zaman sekolah pernah lah berkhemah kat port dickson ngan tanjung tuan ;)

    ReplyDelete
  7. Owh..kakak memang duduk asrama since form 1..
    Pandai si bongsu tu masak nasi.. bagusnya

    ReplyDelete
  8. saya pun suka lalu kole pilah.. vibe kiri dan kanan jalan kena sangat dengan jiwa haha

    ReplyDelete
  9. Bagus duduk asrama anak2 lebih berdisiplin. Tapi anak cie taknak pulak.

    ReplyDelete
  10. Kita samalah kak. Saya pun tak suka kalau sos banjir macam itu. Krn rasa kentangnya JD tertutup. Mendingan pisah saja.

    ReplyDelete
  11. OK la, walaupun tak sama dgn nasi goreng org sebelah tapi nampak mcm sedap je nasi goreng tu hehe.
    Wah, anak bujang Ammi pandai tanak nasi. Syabas anak bujang! 👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
  12. Besor portion nasi goreng tu. Pandai Alip masak nasi. 👍

    ReplyDelete