Hari ini 2 orang anak-anak ammi ada peperiksaan besar untuk diri mereka. Peperiksaan yang akan menentukan hala tuju seterusnya. Kyra untuk penentuan bidang apa dia nak ceburi selepas ini, dan Alip pulak untuk buat permohonan masuk ke sekolah agama masa tingkatan 1 nanti.
Anak sulung ada Ujian Amali Sains untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi minggu ni. Fizik Alhamdulillah dah sudah pagi tadi tapi macam mana keadaannya wallahuahlam. Hanya akan ammi ketahui bila anak dara ni call nanti. "Kakak target pendulum, tapi kakak study je yang lain-lain juga", katanya. Pendulum tu menatang apa pun ammi taktau.
Untuk setiap kertas anak sulung ammi berada dalam sidang 1. Mujurlah namanya bermula huruf K. Maka tak perlulah tunggu lama.
Yang si bongsu pula hari ini bermula Ujian Penilaian Kelas KAFA. Harini ada 2 subjek. Adab dan Akidah. Minggu lepas ammi subscribe online classes untuk dia di sebelah malam. Saja nak tambah-tambah info, manalah tau ustaz dan ustazah luar ada tips yang lebih.
Belajar di sekolah, seminggu hanya 3 hari je. Ammi pulak naik risau bila tengok kawan-kawan lain anak dorang dok pulun kelas UPKK pagi, petang, hujung minggu.
Semalam ammi suruh pulak dia tengok Live di TikTok. Ramai je ustaz & ustazah yang bagi kelas percuma untuk anak-anak UPKK ni. Bukan 20-30 minit. 2 jam juga kelasnya. Mudah-mudahan Allah alirkan pahala buat mereka.
Semoga dapatlah Kyra Saffiya dan Khalif Syafiq serta teman-teman seperjuangan menjawab soalan dengan baik.
.png)
.png)




4 Comments
Semoga Kyra Saffiya dan Khalif Syafiq dapat jawab soalan dengan mudah. Aamiin... Good luck.. .
ReplyDeleteSedap nama anak anak Ammi..
bittaw feeq wannajah utk anak2 kita semua! my razeen start exam UPKK hari ni.
ReplyDeleteEh Alip nak naik tingkatan 1 dah rupanya ye. Semoga mereka berdua mendapat keputusan cemerlang. Aamiin...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan dan dilapangkan hati buat Kyra Saffiya dan Khalif Syafiq dalam menjawab soalan peperiksaan.. Aamiin..
ReplyDelete