Dingin

Hujung bulan 9 kalau tak silap aircond di workstation ammi rosak.  Panggil aircond technician datang kononnya untuk dia check dan service tapi katanya unit tu memang rosak.  

Pastu tuan tanah pun tukarlah aircond unit yang baru.  Masalahnya ialah, aircond dah berfungsi tapi tak cukup nak menampung capacity ruang.  Aircond lama 2.5hp, tapi aircond baru cuma 1.5hp.  Ko rasa? Lagipun kedudukan aircond tu tak sesuailah pada pandangan ammi. Apa motif tuan tanah pasang aircond menghala ke tingkap ntah.  Ada hantu ke gamaknya bertenggek kat tingkap tu? 


Meja ammi tu ha kat belah-belah arrow tu.  Boss dah cuba halakan kipasnya ke arah ammi pun still tak rasa pun aircondnya sangat.  

Ammi on paling sejuk pun still berpeluh tiak ammi.  Dah jadi satu hal pulak semua pintu kat dalam office ni ammi tutup supaya kita kepung udara sejuk tapi tetap panas.  

Sudahnya marilah kita beli kipas kecil ni.  Boss suruh beli standing fan tapi hmmm buruklah pulak nanti office ni.  Kita beli table fan je cukup.  Biar kipas tu blow direct ke muka I.  Biar tak cair mekap I.  Ahakssss.


Hari Khamis haritu dah sampai tapi pagi ni baru gigih buka sebab petang Khamis tu ko heboh nak balik cepat.  Nampak biru pulak dinding belakang tu.  Patutnya putih mulus je korang.


Ahhhhh dinginnya angin.  Awak duduk situ dendiam ye.  Berkhidmatlah dengan baik ye Hulmers.  Rasanya kalau free hair mau mengiwai-ngiwai rambut kat dalam office ni.

Ammi beli brand ni je kat Shopee sebab 2 standing fans yang ammi guna untuk camping dari brand yang sama.  

Post a Comment

9 Comments

  1. kita pn ada kipas kt meja sbb kdg2 ekon tk rasa..panas

    ReplyDelete
  2. nasib baik ammi pakai tudung syria je, kalau tak..mau ammi stress nak kepit tudung pulak.. hahaha.. memang lajus nie kalau macam gini kipas nya

    ReplyDelete
  3. Nyaman bah ada angin sejuk meniup.

    ReplyDelete
  4. Lega, ada kipas meja. Kita pun ada ni. Hehe..

    ReplyDelete
  5. Cie pun ada kipas kat atas meja yang memang tala ke muka je bagi sejuk. Mini size je. Aircond office Cie ada masa menggila jugak. Panas macam dalam sauna kalau takde aircond tu.

    ReplyDelete
  6. Mana boleh 2.5 tukar kepada 1.5 jer.. boleh naikan kemarahan tu hahaha

    ReplyDelete
  7. Aircond nya pun dok hala ke tingkap eh... patut atas tingkap lah kan kalau ikut kedudukan meja ofis tu jadi semua boleh dapat sejuk.

    ReplyDelete
  8. tinggi bebenor lokasi aircond tu aisehhh rugi letrik laaa kalau tak menyejukkkan seluruh ruang bilik dan penghuninya

    ReplyDelete
  9. Isssh kalau saya memang tak sanggub kalau AC panas 😅😅😅. Emosi bawaan sepanjang hari, belum lagi kalau makeup luntur kan 😂.

    Tapi kalau ada standing fan macam ini, boleh juga tuh kak.

    ReplyDelete