Lama dah ammi tak share menu yang abah masak. Korang, ammi share ni bukanlah nak tunjuk yang suami ammi hebat memasak. Janganlah korang bandingkan dengan suami korang pulak. Masing-masing ada kelebihan masing-masing.
Sebenarnya bila share menu suami masak ni jadi macam buka aib sendirilah pulak sebab nampak nau isterinya jarang memasak kat rumah. Ahaks.
Abah buat ayam masak lomak (bukan Pak Zain ayah kak SA je suka masak lomak, suami kita pun sama). Abah regukan dengan bendi celur, cencaluk dan petai.
Ada baki lebihan ayam masak lomak hari sebelumnya maka abah tinggal tambah daging balado dan terung goreng. Terung tu pun boleh tahan menyengat. Berapa banyak cawan air ntah alip minum haritu.
Abah buat kari ayam pekat likat. Timun tu Alip yang potong masa abah keluar ambil ammi. Katanya "Alip tengok tak ada sayur atas meja, Alip tolong potongkan timun. Cantik tak?".. Hahahha...cantik.
Masak lomak lagi. Kalini lomak udang pulak yang dikombokan dengan kacang panjang goreng pecah telur terlebih masin. Ehhhh memang nak kena mention ek masin tu? Tak bersyukur bethol seketul isteri ni ek. Ahakss
Ini lauk hari Isnin lepas. Terung goreng, telur mata bersambal dan ayam goreng. Nikmat betul makan berbuka puasa lauk gini.
.png)
Ini pulak lauk hari Selasa. Kari ikan siakap, telur masin dan kacang buncis pecah telur.
Sehingga kita bertemu lagi di segmen Abah Masak Apa episod ke 14. Abahkan pernah masak kerabu ikan ayam-ayam dulu, rasa macam bersalah tak kalau ammi nak request menu tu semula. Macam renyah jugaklah cara nak buatnya.
Ba, awak baca blog saya kan ba?.... Awak nampak tak saya tulis apa kat perenggan atas ni? 😉😉
.png)
.png)
.png)
.png)



11 Comments
Hahha...cakap depan2 rasa bersalah, dia pi request kat blog..sabar je la...ye la Abah SA bleh geng ngan suami Ammi...elok sanagt la tu...kami suami isteri dah jemu makan MLCA...
ReplyDeletei suka jer tgk ur share psl ur hubby pandai masak--sama mcm suami amy mama tisya pun terer masak2 jugak!! rezeki uolls laaa tu!
ReplyDeletekalau lauk gini..sepuyuk tak genap
ReplyDeleteOk je Ammi. Ada suami gini gak....macam suami Amy Aril jugak ni....makanan semua yang dimasak nampak menyelerakan la Ammi.
ReplyDeleteKalau cam ni level pro dah ni...
ReplyDeleteKalau uncle? Masak air pun tak lepas!
Paling win potongan timun alip tu 😆
ReplyDeleteOrang jantan..kalau depa masak megi rebus pun sedap kan...😄
ReplyDeleteBanyak hari suaminya masak. Untunglaaa...
ReplyDeleteGerenti dapat ni kalau request melainkan abah buat-buat tak nampak ayat tu. hihi..Hebatnya seorang abah, suami Ammi memasak di dapur. Untung betul.
ReplyDeletePraktikal juga Alip potong timun gitu.. nak makan pun senang.
ReplyDeleteOk je kalau suami masak... saling bantu membantu urus rumah.
Akak dulu masa zaman covid sebab husband memang WFH jadi dia lah yang masak. Sampai akak cakap akak nak masak juga.. asyik kena makan masakan style dia je 😁
Hahahahha saya memang akan bersyukur sangat kalau suami pandai masak. Sebab saya tak sukaaa sebenernya 🤣🤣. Tapi memang tak rezeki, dikasih rezeki lain, suami yg mengizinkan istrinya traveling ke negara2 antimainstream tanpa dia 😂😂
ReplyDeleteLamaaaa saya tertinggal tulisan2 kakak. Padahal dah niat, nanti saat traveling tetap akan BW. Kenyataannya, mana adaaaa 🤣. Memang tak sempat. Untung update blog bisa auto publish. BW yg susah 🤭
Saya sukaaa kalau banyak teman yg share menu2 harian mereka. Sebab JD referensi saya juga kalo dah bingung nak masak apa