Pagi Isnin sebelum check out dari Bayou Lagoon abah bawa Alip mandi di waterpark. Tapi sebelum tu abah dah tapaukan breakfast untuk kami. Makan dalam apartment jelah, malas nak keluar. Waterpark buka pukul 9, pukul 8.40 pagi anak bongsu ni dah get ready terkinja-kinja dalam bilik sambil buat "moon walk". Lately ni semenjak keluar cerita Michael dia pun dah jatuh cinta dengan lagu-lagu MJ. Siap hafal step tarian MJ lagi. Layan jelah ek perangai.
Mainlah dia sorang-sorang naik turun slides yang ada.
Dorang siap je, mandi cecepat mohlah kita gerak ke selatan pulak.
Elehhhh ingat lawa sangat lah tu baju dia nak OOTD depan cermin bilik air.
Sampai Segamat, Lebih kurang ke pukul 1, kita lunch jelah dulu. Macam lapar sangat pulak perut ni.
Dan akhirnya, sampailah kami disini. Di tempat anak sulung kami menimba ilmu dari Jun 2024 - Disember 2025.
Sijil SPM pihak sekolah letak di pos pengawal je supaya memudahkan parents yang nak datang ambil pada hari cuti. Tapi kena datang bersama salinan kad pengenalan anaklah. Bukan boleh suka suki je ambil.
Lepas dah ambil sijil SPM, dia pun jumpalah cikgu-cikgu dia mana yang ada. Yelah, datang pun dah hampir pukul 2 kan. Cikgu ada yang dah kena masuk kelas untuk mengajar.
Dapatlah dia jumpa cikgu kelas masa Form 5. Datang tangan kosong jelah pulak dia ni. Ammi pun lupa nak beli apa-apa. Aishhh.
.png)
Sempat juga jumpa adik-adik junior. Ada sorang adik siap kelebet kain sekolah sebab kebetulan haritu dia pakai kain sekolah Kyra. Sebelum habis sekolah haritu memang dorang buat aktiviti "penyerahan baju-baju sekolah pada Junior". Alhamdulillah, selagi masih elok kain tu guna jelah ek.
Setuju sangat.
Memang wujud parents yang banyak songeh. Sekolah Sains Segamat ni kategori sekolah baru tau yang ammi rasa masih cantik lagi tandasnya, suraunya, kantinnya, segala-galalah. Tapi tetap juga wujud ibu ayah persoalkan macam-macam. Kenapa bilik iron gitu, kenapa bilik basuh gitu. Aishhh korang ni. Jadi setiap kali masuk SESS pandang ayat ni. HADAM!
Akhirnya keluar juga dia. Lama betholllll. Tapi kita kasi canlah kat dia ek.
Jomlah kita pulang semula ke Seremban. Masa kitorang singgah solat di Gemas, nampaklah ramai budak sekolah tumpang solat disitu, sebab berdekatan masjid tu ada sekolah Agama Gemas. Ayat Alip dalam kereta "ohhhh sekolah ke tu brother???". Nada dia ehhhh menyakitkan hati. Awak lupa eh, awak tu ponteng sekolah tau hari Isnin tu.
Ingat nak berhenti kopi-kopi di Kuala Pilah, tapi sudahnya lajak terus sampai ke Senawang sebab kedai minam potang di Kuala Pilah banyak tak buka.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Tahniah Kyra! Betul sangat kata Ammi, sesetengah ibu bapa ni kadang-kadang demanding sangat padahal kemudahan sekolah dah cukup baik. Apa pun, bagus amalan turunkan baju/kain sekolah kat junior tu, sangat berguna & bantu jimatkan belanja.
ReplyDeleteTahniah buat Kyra,.. moga terus berjaya untuk kejayaan seterusnya..
ReplyDeleteNanti mesti rindu semua kenangan di sini
Akhirnyaaa dah bole masuk sume sijil² together² dalam satu file ...
ReplyDeleteAkhirnya lega la dah ambil sijilnya tu..... biasa la Ammi kat mana2 pun memang ada ibu bapa yg banyak songeh, nak anaknnya di layan 1st class. Kalau nak perfect sangat hantar la kat sekolah swasta yang mahal yuran puluh ribu kan
ReplyDeleteUwaaaah hebat Alip bisa menirukan moon walk yaa 😄👍. Baguslah kalau suka lagu2 MJ. Memang everlasting lagunya.
ReplyDeleteCongrats Kyra, akhirnya ambil juga sijil SPM yaa 👍👍.
Memang ada orangtua2 yg rewel macam tuh 😅😅. Kadang gemas kan. Di pikir sekolah tuh macam istana yg siap sedia provide kebutuhan anak2 apa. Kita pula ingin anak2 bisa mandiri dengan fasilitas yg ada.
Semangat betul dak Alip tunggu waterpark buka. Awal dah terpacak situ sorang-sorang.
ReplyDeleteSesekali mirror selfie Ammi, why not kan.
Bagus jugalah dia letak kat pos pengawal. Tak perlu nak masuk office kan.
Sporting cikgunya macam kawan-kawan gitu. Bagus jugalah kan bagi kain atau baju yang masih elok dipakai.
Begitulah macam-macam perangai manusia.
Ambooii Alip, tahulah awak tu cuti. Ehh ponteng. Seronok bukan main.
Agaknya cuti lama, itu yang orang tutup kedai kopi.
Halah².. parents punn... Tu kalau anak dapat tawaran masuk sekolah yang lebih 50 tahun agaknya terus tak jadi hantar.
ReplyDeletebyk kenangan manis kyra kat sini kan tu...nama pun tempat menimba ilmu
ReplyDelete