Hari Rabu sehari sebelum kita mula berpuasa hanya kami berempat ada dirumah. Alip masih di rumah dadek. Bila tanya taknak ke bersahur dengan kami. Katanya "Alip pun nak rasa sahur luar dari rumah sendiri".
Untuk lunch ammi tak masak sangat pun. Cuma masak nasi dan perangatkan balik lauk yang kami bawa balik dari gathering di rumah dadek hari Selasa. Hari Selasa gathering di rumah dadek, hari Khamis pun buka puasa day 1 di rumah dadek.
Petang sikit kami keluar mencari barang di Mydin dan bakeri.
Dari jauh dia berlari ke shelf ni sebab dia nampak kumpulan kesukaan dia di pek Pepero ni. Ek elehhhhh...17 tahun dah kot umur. Dia punya lari tu macam dia baru 4-5 tahun. Stray Kids band kesukaannya. Ammi selalu je tersalah sebut "stray cats" ahaks.
Silalah korang berdua uruskan urusan pembayaran. Ammi nak duduk jap ha sebab jap lagi nak gi melayan kakak kat bakeri pulak.
Malam lepas tarawih mohlah kita gi moreh. Ok...ini first time ammi rasa suasana moreh diluar sebab selalunya tak kuasa ammi nak makan memalam. Full house kedai Maulana ni. Penuh dengan akak-akak bertelekung. Ammi kadang-kadang tak faham konsep pakai telekung gi makan kat kedai. Memang tak boleh bukak eh?
My kekasih our imam. Muka je macam garang tapi seeee dia sweetlah korang. Dia yang kacau-kacaukan air horlicks kita.
.png)
Apsal toye je tu muka Khilfi?
Ammi sebenarnya nak makan naan garlic. Tapi Kyra nak naan cheese. Hmmmm sebagai mak yang baik kita ikutlah selera anak kita. Sebab memang nak share-share je pun.
Sampai rumah dalam jam 11 malam ehhhhh anak dara ni boleh pulak keluarkan bahan yang dia beli kat bakeri tadi. Ehh dia ni. Tak penat ke ek?
Ini jelah yang sempat ammi snap. Ammi nak tidurlah nak. Ammi nak bangun awal esok siapkan sahur pastu nak gi kerja.
Sekarang ni waktu subuh dah lewat, tapi mujur juga masa minggu CNY haritu waktu pagi tenang je jalanraya. Naik bus pukul 6.40 pukul 7.35 ammi dah sampai KL. Waktu balikkkkkk hmmmm menangis.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


11 Comments
bukan main rajin anak dara tu erk..eh..hari tu pun i Maulana gak..nampak akak2 pakai telekung..motif apa erk lepak kat mamak pakai telekung....adehhhhh.....tgok naan cheese tu tiber teringin nak makan roti telur plak...ingat nak pi Jumaat malam esok..lupa plak nak kena puasa start 12 malam sebab sabtu jumpa doc....jenuh la sahur minum air je nanti
ReplyDeletelama tk mkn pepero..suka..dlu2 beli yg kotak besar tu
ReplyDeleterajin nya qyra,, ayat alip tu mengundang ehhh.. hahhaa...
ReplyDeletea ah la, apesal pakai telekung ke kedai ehh, lepak2 minum2.. risau terkena kotoran je
anak2 genZ memang lmbt penat laa...my zharfan pun, mlm2 larat jer dia kuar jumpa kwn2 la, moreh la etc...MZ plak lps setel terawih terus zzzzz
ReplyDeletePakai telekung terus dari rumah dan tak bawak tudung. Tu yang ramai masuk kedai pakai telekung je.
ReplyDeleteTak leh jadi ni, nak kena pegi moreh dgn imam I jugak ni hikhik... Anak² mmg tak reti penat kot, ada² je diorg nak buat. Maknya ni lepas terawih dah layu mata
ReplyDeleteBetul ke sweet orang nya? Nampak macam garang sangat. Kalau uncle selisih tak berani nak tegur.... Maaf berseloroh , Hehehehe
ReplyDeleteTu pelik kenapa mesti nak betelekung pi kedai makan 😅. Kami lepas tarawih pakai sesiap tudung sarung. Cabut telekung, pakai je tudung sarung. Segan aih nak betelekung. Kat Lipis ni takde yang betelekung.
ReplyDeletebertenaga betul anak dara ammi tak penat ke beliau? ehehe.. tu lah heran gak yg jenis bertelekung p lepak mamak etc tu, tukarlah baju dulu kot ye pun nak lepak hehe
ReplyDeleteAdakah Kyra minat kepada Felix Stray Kids. Acik suka juga tengok Felix tu. Molek kejadiannya. Eh😅Lepas terawih pergi moreh sekeluarga. Momen berharga di dalam hidup. Anak-anak remaja ke young adult memang ada banyak tenaganya. Tak rimas ke ye pakai telekung pergi makan. Kot terkena kuah dal pun iya.
ReplyDeleteSamaaaaaa, sayapun confused dengan orang2 yg pakai telekung saat makan. Pahaaaam, baru habis tarawih tp tak bisa dibuka dan pakai tudung lain kah? At least tudung instan kan ada.
ReplyDeleteKalau di Indonesia kak, ada 1 kota yg memang wanitanya selaku pakai telekung kemanapun 🤣🤣🤣. Terutama ke PASAR. Yeeees, tak salah baca.
Itu di kota Makassar.
Makanya telekung dari Makassar ini, coraknya beraneka ragam. Sebab mereka jadikan telekung utk pengganti tudung ke pasar, kemanapun lah. 😅😅. Abis sholat subuh saya rasa langsung belanja pasar mereka.