Ini kisah masa Alip duduk di rumah dadek di Bukit Mahkota. Ini rumah persinggahan sebab rumah kuarters dorang kat area Pantai Dalam tu. Kebetulan kakak ipar ammi dari Johor pun datang ke sini sebab nak uruskan masalah rumahnya di Bangi dan dia memang tumpang dirumah adik jadi kita pun macam biasaaaa...jom makan. Memang itulah perkara biasa keluarga anak-anak arwah Mohamad Jamil ni. Makan makan dan makan.
Jadi janganlah tanya kenapa saya tak susut-susut badannya. Ehhhh dahlah ipar-ipar saya ni masak sesedap. Nak-nak si kak Chik tu. Masak campak-campak sup sap sup sap pun sedap sangat.
Ini 17/2/2026 - Chinese New Year ke-2 kalau tak silap.
Kami sampai rumah adik dalam pukul 12. Tengok-tengok si Apis (no. 12 dan yang paling bongsu) ni yang dari Melaka dah sampai. Kul berapa ko gerak ni Pis?
Antara menunya nasi lemak, nasi putih, sambal bilis, sambal udang, bubur daging, masak lomak udang, salmon black pepper.
Bukanlah kumpul makan saja, kita buatlah aktiviti berfaedah. Kita buat tahlil, bacaan yasin, kita solat berjemaah pastu ulang makan.
Malam siap bergelap bagai, ingatkan tengok horror movie. Elehhhh tengok bola je pun.
Pastu hari Khamis (19/2/2026 - hari pertama puasa).
Ammi kerja, tapi balik kerja terus je shoot ke rumah adik. Ammi naik MRT sampai ke Kajang, pastu abah jemput ammi dari situ. Kita buat buka puasa sesama.
Awak ambil gambar makanan, mandak ambil gambar awak.
Adik (mak dadek) kerja juga tapi tuan rumah tak perlu masak. Sila balik dan makan saja. Kakak ngan abang dia dah siapkan juadah. Kaklang masak asam pedas ikan tenggiri, mihun goreng. Suami ammi buat sup daging + tulang. Aimi (kakak dadek) buat bread carbonara. Keluarkan juga lauk sahur yang tak habis. Pastu yang lain-lain tu bazaar mari. Penuh jugalah perut walaupun jamah sikit-sikit itu ini.
Itulah cerita makan-makan ammi dan ipar duai untuk kenangan kami esok lusa.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


0 Comments